Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian baru pantau demensia, kemurungan dalam pesakit warga emas

Hasil kajian IMH bakal lakar dasar masa depan agar lebih bersedia hadapi penduduk yang menua
Mar 02, 2022 | 05:30 AM



SATU kajian baru akan dilakukan bagi memantau demensia dan kemurungan dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.



Hasil kajian itu akan digunakan untukmelakar dasar masa depan dan perancangan sumber agar lebih bersedia menghadapi penduduk yang semakin menua.



Ia akan menjadi kajian kedua sedemikian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH).



Kajian pertama, yang diusahakan pada 2013, mendapati bahawa satu daripada 10 orang dewasa berusia 60 tahun ke atas mengalami demensia, manakala satu daripada 27 mengalami kemurungan.



Penyelidikan terkini juga akan melihat kepada beban penjaga, bahagian orang yang tidak menerima rawatan, penggunaan penjagaan kesihatan dan kos kekurangan itu.



Pengumpulan data bagi kajian Kesejahteraan Warga Emas Singapura, yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan (MOH), akan bermula bulan ini dan berterusan sehingga Julai 2023, kata IMH dalam kenyataan akhbar semalam.



Seramai 6,000 peserta dijangka terlibat. Daripada jumlah ini, 3,000 adalah warga emas, manakala separuh lagi terdiri daripada ahli keluarga dan penjaga yang dicalonkan oleh peserta warga emas.



Satu pertiga daripada peserta warga emas adalah daripada kajian pertama pada 2013. Kajian terdahulu melibatkan kira-kira 2,500 warga emas dan 2,400 penjaga.



Pasukan penyelidik pelbagai disiplin yang terlibat dalam kajian terbaru itu diketuai oleh Profesor Chong Siow Ann, perunding kanan di IMH, dan Profesor Madya Mythily Subramaniam, penolong pengerusi lembaga perubatan (penyelidikan) IMH.



Pasukan itu termasuk doktor dan pakar daripada IMH, MOH, Hospital Besar Changi, Universiti Nasional Singapura, King's College London dan Universiti Greenwich di London.



Profesor Chong berkata demensia dan kemurungan adalah penyakit biasa dalam kalangan orang tua dan kedua-duanya mempunyai interaksi yang rumit antara satu sama lain.



"Apabila penduduk kita semakin meningkat, bilangan warga tua dengan dua keadaan ini juga akan meningkat, serta akibat yang tidak dapat dielakkan terhadap kos penjagaan kesihatan dan mutu hidup. Ini bermakna beban penjagaan yang lebih besar, kehilangan produktiviti ekonomi, dan kesusahan dan penderitaan dalam kalangan mereka yang terjejas serta ahli keluarga mereka juga," katanya, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Tambahnya, kajian itu juga akan memberi gambaran tentang kesan wabak Covid-19 terhadap warga emas.



Dr Ng Li Ling, perunding kanan di jabatan perubatan psikologi di Hospital Besar Changi, berkata isu yang dikenal pasti dalam kajian pertama, seperti jurang rawatan dan beban penjagaan demensia, adalah kebimbangan mendalam bagi penduduk Singapura yang semakin tua.



"Menjaga penghidap demensia ketika wabak ini telah meningkatkan kerumitan keadaan, serta menambah tekanan kepada penjaga. Saya percaya kajian kedua adalah satu langkah bagi mengukuhkan rangkaian perkhidmatan untuk meningkatkan kesihatan dan mutu hidup warga emas serta penjaga mereka," tambahnya.




DEMENSIA DAN KEMURUNGAN

"Apabila penduduk kita semakin meningkat, bilangan warga tua dengan dua keadaan ini juga akan meningkat, serta akibat yang tidak dapat dielakkan terhadap kos penjagaan kesihatan dan mutu hidup. Ini bermakna beban penjagaan yang lebih besar, kehilangan produktiviti ekonomi, dan kesusahan dan penderitaan dalam kalangan mereka yang terjejas serta ahli keluarga mereka juga."

- Profesor Chong Siow Ann, perunding kanan di IMH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >