Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kajian info palsu: Warga S'pura bersikap lewa

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



PEMESEJAN awam sepatutnya merayu kepada warga Singapura bahawa walaupun tiada siapa yang kebal terhadap maklumat palsu, semua orang harus dan boleh memainkan peranan dalam memerangi kepalsuan.



Demikian kata penyelidik setempat dalam kajian tentang cara orang ramai mengesahkan maklumat palsu.



Mereka menyatakan bahawa warga Singapura mempunyai sikap sambil lewa dan merasakan orang lain lebih terdedah kepada maklumat palsu berbanding diri mereka.



Warga Singapura juga tidak peduli untuk bersikap lebih proaktif dalam menyatakan sesuatu maklumat palsu telah disebarkan dalam rangkaian sosial mereka.



Semalam, felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar (IPS) Carol Soon, yang mengetuai kajian itu, berkongsi penemuannya dan membentangkan beberapa cadangan dasar yang memberi tumpuan pada usaha literasi digital.



Para pengkaji juga menyatakan terdapat keperluan bagi orang ramai dilengkapi dengan kemahiran untuk membetulkan orang lain secara sensitif dan berkesan jika mereka berkongsi maklumat palsu.



Ini kerana kebanyakan peserta yang terlibat dalam kajian tersebut berkata mereka tidak akan mengendahkan maklumat palsu daripada kenalan sosial.



Antara penyebabnya ialah mereka tidak rasa maklumat palsu merupakan masalah besar di Singapura.



Mereka berfikiran bahawa pemerintah mempunyai alat yang dapat menyelesaikan masalah maklumat palsu dengan berkesan, kata Dr Soon.



"Sebab seterusnya ialah sering orang tidak mahu masuk campur kerana mereka tidak mahu kehilangan kapital sosial, mereka tidak mahu dibenci orang lain dalam rangkaian sosial mereka," tambah beliau.



Kajian itu juga mencadangkan program literasi digital yang disasarkan dan berperingkat, lapor The Straits Times.



Sebagai contoh, mereka yang lebih celik digital boleh diberi peluang untuk mengambil kemahiran dan pengetahuan peringkat tinggi, seperti cara menangani maklumat yang tidak jelas, manakala program yang lebih asas ditawarkan kepada orang lain.



Para penyelidik mencadangkan agar lebih ramai warga emas yang mahir digital diambil sebagai nod maklumat yang dipercayai dalam kalangan sosial mereka yang boleh digunakan oleh warga emas lain.



Bagi generasi muda pula, teknik dan kemahiran semakan fakta boleh dimasukkan dalam kurikulum Pendidikan Kesejahteraan Siber dalam pendidikan karakter dan kewarganegaraan (CCE) di peringkat sekolah menengah dan maktab rendah.



Para penyelidik mencadangkan bahawa kurikulum literasi digital melibatkan latihan praktikal dan menggunakan pendekatan yang lebih kontekstual dalam mengajar cara menilai sumber dalam persekitaran maklumat yang berbeza - seperti media warisan (legacy media) berbanding media sosial.



Mereka berkata perlu ada peningkatan kebiasaan dan pengetahuan tentang laman web semakan fakta seperti https://www.gov.sg/factually dan Snopes.com agar orang ramai akan lebih terbuka untuk menggunakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >