WARGA Singapura akan mempunyai jangka hayat ketiga paling terpanjang di dunia pada 2040, menurut satu kajian oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) Universiti Washington yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, semalam.
Jangka hayat di Singapura secara purata dijangka mencapai 85.4 tahun pada 2040.