Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Majikan SG utamakan kemahiran komunikasi, hurai masalah

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN di Singapura cenderung menggajikan pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, menghuraikan masalah dan pemikiran strategik, berbanding ciri-ciri tradisional yang disukai majikan, kata wadah media sosial LinkedIn dalam satu laporannya.



Menurut LinkedIn, kajiannya mendapati 39 peratus syarikat di Singapura mencari pekerja berkemahiran teknikal dan 31 peratus mencari pekerja yang mempunyai kemahiran meluas yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang.



Sikap ini menunjukkan kecenderungan mengutamakan pekerja dengan ciri-ciri tersebut daripada pekerja berpengalaman (12 peratus) dan berpendidikan akademik (8 peratus).



Bagi merapatkan jurang kemahiran, tiga daripada lima syarikat sedemikian mungkin mendapatkan pekerja dari luar industri, menurut kajian itu.



Sembilan daripada 10 majikan di sini juga menimbangkan kakitangan sendiri bagi mengisi jawatan baru, dengan 65 peratus majikan berkata mereka berbuat demikian kerana ingin meraih manfaat daripada pandangan dalaman kakitangan mereka.



Mereka juga berbuat demikian untuk memberi kakitangan tersebut rasa kemajuan dalam kerjaya dan 55 peratus majikan berkata mereka ingin menggalak kakitangan yang setia.



Oleh itu, syarikat di sini perlu menambah kemahiran pekerja untuk memenuhi keperluan masing-masing, yang memperlukan jabatan sumber manusia (HR) mendukung tanggungjawab bertambah.



Laporan itu juga mendapati hampir 60 peratus syarikat di Singapura berkata HR mendukung peranan penting dalam latihan dan pembangunan pekerja.



Sebanyak 57 peratus majikan pula berkata HR memainkan peranan penting dalam membentuk strategi perniagaan semasa Covid-19, berbanding kurang 50 peratus sebelum pandemik ini.



Angka itu bertambah menjadi sembilan daripada 19 syarikat di Singapura apabila membincangkan peranan selepas Covid-19.



Naib presiden bahagian huraian bakat dan pembelajaran di LinkedIn bagi rantau Asia-Pasifik, Cik Feon Ang, berkata:



"Memandang ke hadapan, kita boleh menjangka melihat ekonomi berdasarkan kemahiran yang kian terbentuk, dengan kemahiran menjadi mata wang baru bagi pekerja dalam tempat kerja pada masa depan.



"Saya galak semua individu supaya memupuk minda berasaskan pertumbuhan (diri sendiri) ini dan terus belajar supaya kekal relevan."



Kajian itu, yang dimuatkan dalam laporan Masa Depan Bakat LinkedIn, yang diterbitkan buat julung-julung kali, mengumpulkan maklumat daripada kajian yang dijalankan oleh firma penyelidik pasaran GfK pada Januari lalu.



Kajian melibatkan menjawab soalan kuantitatif selama 20 minit dalam talian itu melibatkan 3,500 peserta dari syarikat kecil, sederhana dan besar di serata Asia-Pasifik.



Antara mereka ialah 505 kakitangan HR, pengurus kanan dan pegawai pengurusan tertinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >