Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian MSF: Kesan jangka panjang perceraian ke atas anak dilihat hingga dewasa

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



ANAK dalam keluarga yang bercerai menghadapi kesan perceraian jangka panjang dalam kehidupan dewasa mereka, termasuk dari segi ekonomi dan perkahwinan, menurut satu kajian yang dijalankan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Dapatan kajian itu menunjukkan anak yang ibu bapa mereka bercerai kurang kemungkinan memperolehi ijazah sarjana muda, meraih pendapatan lebih rendah dan mempunyai simpanan lebih rendah dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka berbanding anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Selain itu, mereka juga kurang kemungkinan mendirikan rumah tangga dan lebih kemungkinan melalui perceraian sendiri setelah berkahwin kelak.



Misalnya, kajian itu menunjukkan 21.7 peratus anak dalam keluarga bercerai menyaksikan mahligai yang dibina bersama pasangan mereka runtuh pada usia 35 tahun berbanding 13.8 peratus anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Ia juga antara lain mendapati hanya 27.8 peratus daripada anak-anak dalam keluarga yang bercerai memperolehi sarjana muda universiti berbanding 37 peratus anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Kajian mengenai Kesan Perceraian Antara Generasi Terhadap Anak-Anak di Singapura oleh MSF itu - kajian setempat sedemikian yang pertama dijalankan - telah meneliti hasil ekonomi dan perkahwinan sekitar 9,000 rakyat Singapura dengan ibu bapa yang bercerai apabila mereka mencapai usia 35 tahun.



Ia telah menggunakan data terkumpul yang diperolehi daripada pelbagai sumber rekod pentadbiran dan tinjauan.



Kadar perceraian di Singapura telah meningkat dalam tempoh sedekad lalu, dengan jumlah perceraian purata tahunan antara 2015 dengan 2019 ialah 7,170 - lebih tinggi sedikit berbanding 7,018 perceraian dalam tempoh lima tahun sebelumnya.



Lebih separuh perceraian yang berlaku antara 2010 dengan 2019 juga melibatkan sekurang-kurangnya seorang anak bawah 21 tahun.



Kadar perceraian bagi pasangan Islam juga naik dalam tempoh 10 tahun lalu, dengan jumlah perceraian purata tahunan antara 2015 dengan 2019 ialah 1,677 berbanding 1,602 perceraian dalam tempoh lima tahun sebelumnya.



Dalam usaha menyokong pasangan yang menghadapi masalah perkahwinan atau sedang melalui perceraian serta membantu anak-anak yang terjejas, MSF bekerjasama dengan agensi khidmat sosial untuk menghulurkan bantuan.



Ini seperti Program Kaunseling Perkahwinan mandatori kendalian Mahkamah Syariah dengan kerjasama agensi masyarakat yang perlu disertai pasangan Islam yang ingin bercerai.



MSF juga akan memperkenalkan satu laman baru pada lewat tahun depan untuk menyediakan sokongan kepada pasangan dengan anak-anak kecil yang sedang mempertimbangkan perceraian.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata perceraian bukan satu keputusan mudah bagi sesiapa pun, namun malangnya, sesetengah perkahwinan berakhir dengan perceraian.



"Dengan kajian penting ini, kami kini tahu bahawa kesan perceraian terhadap seorang anak tidak bersifat sementara dan menjejas masa depan anak itu, pendidikannya dan keluarganya apabila dia berkahwin. Ini sebabnya mengapa selepas perceraian, pengasuhan bersama yang positif adalah penting.



"Pada masa yang sama, kita semua boleh memainkan peranan. Jika kita kenali seseorang yang sedang mengalami masalah dalam perkahwinan, dekati mereka dan galak mereka untuk mendapatkan bantuan awal. Kita mungkin bukan hanya dapat menyelamatkan perkahwinan itu, namun juga mengubah kehidupan seorang anak menjadi lebih baik," kata beliau.




Sokongan bagi pasangan, kanak-kanak hadapi tekanan ditawar agensi khidmat sosial




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >