Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Pendaftaran Darjah 1 S'pura harus dipermudah untuk keluarga berpendapatan rendah

Kajian yang dijalankan Kolej Yale-NUS Mei lalu antara lain berdasarkan analisis liputan media tempatan mengenai latihan pendaftaran dari 2010 hingga tahun lalu
Jun 23, 2021 | 05:30 AM



SISTEM pendaftaran sekolah rendah Singapura perlu dipermudah untuk menjadikannya lebih adil, terutama bagi golongan yang mempunyai kurang sumber, menurut satu kajian baru-baru ini.



Proses pendaftaran, melibatkan lebih 180 pilihan sekolah dan sistem yang merangkumi beberapa fasa, adalah membingungkan dan memberi kelebihan kepada kanak-kanak daripada keluarga bernasib baik, menurut kajian Kolej Yale-NUS.



Ibu bapa kanak-kanak seperti itu, misalnya, akan mempunyai hubungan alumni ke sekolah popular atau mungkin mempunyai wang untuk menyewa atau membeli rumah berhampiran sekolah ini, dan menukar alamat mereka untuk meningkatkan peluang anak mendapat tempat di sekolah itu, kata kajian itu lagi.



Untuk meningkatkan kepelbagaian di sekolah seperti itu, kajian berkata satu huraiannya adalah untuk memperuntuk tempat Darjah 1 kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, terutama di sekolah yang paling popular.



Di sebalik stereotaip ibu bapa Singapura yang terlalu kompetitif, kajian itu berkata ibu bapa biasanya bekerjasama dengan satu sama lain - dan bukan sebaliknya - untuk menavigasi sistem pendaftaran.



Ini kerana proses pendaftaran memerlukan ibu bapa untuk bijak menilai pilihan mereka.



Kajian yang diterbitkan pada Mei lalu adalah berdasarkan analisis liputan media tempatan mengenai latihan pendaftaran dari 2010 hingga tahun lalu, serta catatan di portal KiasuParents - yang dikendalikan oleh sekumpulan ibu bapa - antara tahun 2015 dan tahun lalu.



Ia dikendalikan oleh penolong profesor Sains Sosial (Psikologi) Yale-NUS, Cik Cheung Hoi Shan dan pensyarah Sosiologi Yale, Dr Mira Debs.



Menurut kajian itu, beberapa ciri proses pendaftaran, seperti skim sukarelawan ibu bapa, kurang telus dan memberi terlalu banyak pilihan kepada ibu bapa.



"Ibu bapa yang bijak mengakses forum dalam talian KiasuParents masih keliru dan resah, menunjukkan bahawa golongan bukan pengguna akan lebih kerugian."



Sistem itu, menurut kajian itu lagi, memberi kelebihan kepada keluarga yang mempunyai hubungan alumni dengan sekolah popular, serta ibu bapa yang mempunyai masa, sumber kewangan dan kemahiran untuk menjadi sukarelawan di sekolah pilihan.



"Mereka yang pernah bersekolah di sekolah elit dan mampu membayar yuran pendaftaran $1,000 (untuk persatuan alumni) boleh menggunakan status alumni mereka.



"Mereka yang mempunyai banyak masa dan kemahiran yang relevan dapat menjadi sukarelawan di sekolah. Dan mereka yang mempunyai wang boleh membeli rumah dalam jarak satu kilometer dari sekolah yang diinginkan," kata kajian itu lagi.



Ia menambah bahawa ibu bapa tanpa kelebihan ini "akhirnya mengambil tempat terakhir".



Untuk menyelesaikan masalah ini, kajian itu mencadangkan untuk mengurangkan bilangan pilihan sekolah dengan membolehkan ibu bapa menyenarai beberapa sekolah mengikut pilihan - sama dengan sistem pemilihan sekolah menengah.



Kajian itu juga menyarankan satu proses pemilihan yang konsisten dan telus di seluruh sekolah, dan mengurangkan jumlah kumpulan istimewa dalam sistem.



Mengekalkan tempat khas bagi murid yang mempunyai adik beradik atau yang tinggal berdekatan, tetapi memerlukan murid lain untuk melalui undian dapat menjadikan sistem itu lebih adil bagi mereka yang tidak mempunyai hubungan dengan sekolah, atau modal budaya dan sumber ekonomi untuk menjadi sukarelawan, menurut kajian itu lagi.



Kementerian Pendidikan sedang mengkaji rangka pendaftaran Darjah 1 untuk melihat cara meningkatkan jumlah tempat yang diperuntuk di bawah Fasa 2C, kata Menteri Pendidikan waktu itu, Encik Lawrence Wong, di Parlimen pada Mac lalu.



Fasa 2C ialah fasa terbuka bagi mereka yang tidak mempunyai keutamaan kemasukan, dan berdasarkan jarak antara sekolah dan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >