Kajian: Penumpang kian puas hati dengan khidmat pengangkutan awam

TAHAP kepuasan penumpang terhadap khidmat pengangkutan awam mencecah paras tertinggi dalam sembilan tahun pada 2016, menurut satu tinjauan tahunan yang dijalankan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC).

Kajian terkini Kepuasan Pelanggan dengan Pengangkutan Awam menunjukkan bahawa tahap kepuasan keseluruhan melonjak 4.6 mata peratusan pada tahun lalu mencapai 96.4 peratus berbanding 91.8 peratus pada 2015.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan