Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Rakyat Singapura sokong namun tidak amal sikap inklusif

May 30, 2016 | 03:04 PM



WARGA Singapura menyokong idea inklusiviti namun tidak mengamalkannya, menurut satu kajian.

Walaupun ramai percaya bahawa kanak-kanak biasa dan kanak-kanak kurang upaya boleh belajar bersama, hanya separuh dari ibu bapa yang ditinjau selesa dengan kehadiran kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dalam kelas anak mereka sendiri.

Tambahan lagi, hanya satu dalam 10 warga Singapura yakin untuk berinteraksi dengan kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.

Ini adalah sebahagian daripada hasil kajian yang telah diadakan oleh rumah dermawan tempatan Yayasan Lien, yang meminta lebih 1,000 orang untuk berkongsi pengalaman mereka tentang inklusiviti dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan awal.

Hasil kajian- yang dibentangkan dalam satu sidang akhbar hari ini (30 Mei)- menunjukkan bahawa rakyat Singapura lebih bersikap bertolak ansur dan bukan bersikap menerima terhadap mereka yang mempunyai keperluan khas, kata Encik Ng Tze Yong, Pengurus Program di Yayasan Lien.

"Rakyat Singapura menerima idea inklusiviti, tetapi terdapat jurang antara apa yang kita fikir dan apa yang kita lakukan," kata Encik Ng.

"Membina tanjakan, tempat letak kereta dan tandas bagi mereka yang kurang upaya adalah bahagian yang mudah. Kini kita perlu melakukan lebih dari itu untuk menghapuskan halangan yang terdapat dalam minda serta dalam hati kita," katanya.

Inklusiviti merujuk kepada konsep memastikan semua orang, termasuk mereka yang kurang upaya, diberikan peluang untuk merealisasikan potensi mereka dalam persekitaran yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >