Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Rasa puas hati terhadap pengangkutan awam tahun lalu terendah sejak 2015

Markah purata puas hati 2021 tetap tinggi, sama dengan 2020 dan 2019
Feb 11, 2022 | 05:30 AM



RAMAI penumpang secara purata puas hati terhadap perkhidmatan pengangkutan dari tempat ke tempat (P2P) tahun lalu, kata Majlis Pengangkutan Awam (PTC).



Secara purata, markah kepuasan bagi perkhidmatan pengangkutan awam tahun lalu ialah 7.8, sama seperti pada 2020 dan 2019. Ini menunjukkan penumpang yang puas hati terus menilai pengangkutan awam dengan markah tinggi.



Demikian menurut Tinjauan Kepuasan Khidmat Pelanggan yang dijalankan antara 11 Oktober dan 3 Disember tahun lalu. Dapatan tinjauan itu menunjukkan kepuasan penumpang terhadap perkhidmatan MRT kekal 7.9 mata, manakala bas pula 7.7 mata, turun daripada 7.8 pada 2020.



Namun, rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di sini meningkat tahun lalu berbanding 2020. Ini sejajar dengan berkurangnya peratusan penumpang yang mengatakan mereka gembira terhadap perkhidmatan bas dan kereta api dua tahun berturut-turut.



Dalam tinjauan dalam talian terhadap 4,212 penumpang berusia 15 tahun ke atas itu, 92 peratus berkata mereka berpuas hati terhadap pengangkutan awam di sini - turun daripada 97.6 peratus pada 2020 dan 99.4 peratus pada 2019. Ia peratusan terendah sejak 2015 dengan 91.8 peratus penumpang menyatakan rasa puas hati.



Antara faktor yang menyebabkan rasa tidak puas hati itu ialah perkhidmatan bas. Apabila diminta menilai perkhidmatan bas daripada satu (paling tidak puas hati) kepada 10 (paling puas hati), 90.8 peratus penumpang memberi markah keseluruhan enam atau lebih tinggi tahun lepas, berbanding 97.3 peratus pada 2020.



Selain itu, 93.6 peratus yang ditinjau tahun lepas mengatakan mereka puas hati terhadap perkhidmatan MRT, berbanding 97.9 peratus pada 2020.



Salah satu isu yang diketengahkan ialah masa menunggu, dengan hanya 80.9 peratus penumpang berpuas hati.



Hanya 75.7 peratus penumpang gembira akan masa menunggu.



Jumlah penumpang yang puas hati terhadap kebolehpercayaan pengangkutan awam, keselesaan, masa perjalanan, perkhidmatan pelanggan serta keselamatan juga berkurangan berbanding 2020.



Bagaimanapun, lebih ramai berasa puas hati terhadap maklumat perkhidmatan yang diberi dan kebolehcapaian pusat tukaran bas, perhentian bas dan stesen MRT.



Disebabkan pandemik Covid-19, ini tahun kedua tinjauan itu dijalankan dalam talian dan bukan secara bersemuka.



Mengulas tentang tinjauan ini, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata markah-markah itu menunjukkan pekerja pengangkutan awam di sini secara konsisten mengekalkan kerja baik mereka, walaupun menghadapi cabaran dan risiko yang ditimbulkan oleh pandemik itu.



Tahun lalu, kira-kira 10 peratus daripada 9,500 pemandu bas awam terjejas akibat Covid-19 di pusat tukaran bas, menyebabkan masa menunggu lebih lama dan penggantungan lima perkhidmatan ekspres.



Encik Iswaran berkata dalam satu catatan di Facebook: "Terima kasih kepada semua pekerja pengangkutan awam kita kerana bekerja tanpa jemu untuk menyediakan perjalanan selamat, boleh dipercayai dan selesa untuk kita semua."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >