Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian temui spesies terancam di pulau selatan

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



SATU kajian biodiversiti menyeluruh yang dijalankan di Kepulauan Selatan negara ini telah menemui beberapa spesies yang terancam dan jarang ditemui, seperti burung murai-robin oriental dan burung hantu spotted wood.



Kajian Biodiversiti Kepulauan Selatan (SIBS) itu merupakan kajian menyeluruh ke atas habitat daratan dan marin di lebih 10 pulau yang terletak di selatan Singapura.



Habitat itu termasuk hutan tepi pantai dan pokok bakau, kawasan pasang-surut (intertidal flats), terumbu subpasang surut, dan kawasan dasar laut yang cetek.



Dapatan awal kajian menunjukkan meskipun beberapa pulau itu kecil dan mempunyai sejarah kegiatan manusia, ia masih dapat menyokong habitat tepi pantai yang mempunyai spesies jarang ditemui dan terancam yang sebelum ini tidak diketahui di kawasan itu.



Ini dikongsi Lembaga Taman Negara (NParks) dan masyarakat Friends of Marine Park (FMP) semalam dalam memberikan maklumat terkini tentang kajian dua tahun itu yang bermula sejak Januari lalu.



Kajian itu menggabungkan data daripada kajian awal yang dijalankan NParks beberapa tahun lalu dan bertujuan untuk lebih memahami biodversiti Kepulauan Selatan dan perairannya dalam usaha membangunkan strategi pemuliharaan dan melindungi ekosistem.



Pengarah divisyen tepi pantai dan marin di Pusat Biodiversiti Nasional NParks, Dr Karenne Tun, berkata:



"Lebih penting, ia (data dikumpul) akan digunakan untuk melakar dasar berdasarkan sains yang akan memastikan generasi masa depan dapat terus menikmati dan menghargai kepelbagaian biodiversiti kita."



Kajian itu meliputi pulau yang membentuk Taman Marin Sisters' Islands, pulau terkenal seperti Sentosa dan Pulau Semakau, dan pulau lebih kecil dan kurang diketahui seperti Pulau Biola dan Pulau Jong.



Saiz pulau-pulau di kelompok St John's- Sisters' Islands misalnya adalah antara sekitar 2.7 hektar dengan 75.1 hektar, atau setara dengan sekitar dua hingga 75 padang bola sepak.



Beberapa pulau, seperti Pulau Salu dan Keppel Island, juga tidak pernah dikaji.



Antara spesies terancam yang ditemui ialah burung murai-robin oriental, yang baru dirakamkan di Pulau Tekukor, dan burung hantu spotted wood, yang baru dirakam di Sisters' Islands.



Turut ditemui ialah siput kon tekstil (textile cone snail) yang baru dirakam di Lazarus Island tahun ini. Spesies ini, yang dulu mudah dilihat di Singapura, kini jarang ditemui, sangat berbisa dan dapat melumpuh dan membunuh mangsa dengan cepat.



Dalam pada itu, NParks akan mengerahkan sebuah kenderaan yang dikawal dari jauh untuk menjalankan kajian dasar laut dalam kawasan biodiversiti sedalam 20 meter hingga 50 meter.



Ia akan mengumpul data melalui pemetaan dasar laut secara visual dan akustik dengan menggunakan sonar dan dengan rakaman gambar dan video.



Sementara itu, NParks telah memasang alat penjejak satelit pada dua penyu Hawksbill yang bertelur di East Coast Park dalam satu usaha perintis awal tahun ini untuk mengkaji lebih lanjut tentang corak perjalanan haiwan itu.



Teg satelit yang dipasang itu menghantar isyarat ke satelit yang mengorbit apabila penyu itu muncul di permukaan untuk udara dan koordinat GPS akan dijana dari isyarat itu, sekali gus memberitahu penyelidik tentang lokasi haiwan itu.



Setakat ini, dua penyu itu didapati telah berenang sepanjang pantai timur Singapura sebelum pergi ke Riau di Indonesia dan kini sedang berada di kawasan makan di Batam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >