Kajian Wanita Melayu: Manfaat kesihatan holistik pendorong amalan gaya hidup sihat

Memilih gaya hidup sihat seperti bersenam demi mencapai tahap kesihatan lebih baik kian menjadi amalan wanita Melayu setempat, terlihat pada kumpulan senaman yang mereka tubuhkan atau sertai. Namun, dapatan satu penyelidikan menunjukkan penceburan mereka itu lebih didorong oleh keinginan mereka mahu meraih kesihatan holistik, termasuk kesihatan rohani, emosi dan mental, bukan setakat kesihatan fizikal. DEWANI ABBAS (dewani@sph.com) menemu ramah guru yang menjalankan penyelidikan itu, penggiat senaman wanita Melayu yang terlibat dalam penyelidikan tersebut dan doktor keluarga yang aktif dalam aktiviti senaman.

APABILA Cik Elina Abdul Rashid selesai menjalankan satu penyelidikan kritikal untuk ijazah sarjananya mengenai apa yang merangsang wanita Melayu Singapura mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, beliau memperoleh dapatan yang baginya amat menarik dan belum disedarinya sebelum ini.

Dapatan itu memberinya bukan sahaja perspektif baru tentang motivasi di sebalik penceburan wanita-wanita itu dalam amalan sihat, malah sumber perangsang baru dalam kehidupan Cik Elina sendiri.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.