Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Wanita S’pura yang sudah kahwin kurang adakan seks

Jan 05, 2020 | 04:29 PM



WANITA setempat yang sudah berkahwin dan berada dalam usia terbaik untuk mengandung dan melahirkan anak tidak mengadakan sebanyak hubungan seks seperti yang diidamkan, menurut satu tinjauan baru.



Ini antara lain disebabkan tekanan dan keletihan.



Ini juga mempunyai kesan besar pada watu yang mereka ambil untuk hamil dan ini menyumbang kepada Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) Singapura yang rendah.



Ini merupakan kali pertama kajian diadakan di Singapura untuk mengkaji kegiatan seks wanita yang sudah berkahwin dan berada dalam usia terbaik untuk melahirkan anak.



Tinjauan itu mendedahkan bahawa wanita yang sudah berkahwin dan berusia antara 25 dengan 29 tahun mengadakan seks 3.7 kali sebulan secara purata.



Mereka yang berusia antara 30 dengan 34 tahun pula mengadakan seks 2.6 kali sebulan secara purata.



Namun, wanita yang ditinjau itu berkata mereka sebenarnya ingin mengadakan dua kali lebih banyak seks berbanding jumlah hubungan seks yang mereka adakan sekarang.



Seramai 657 wanita yang sudah berkahwin ditinjau dalam kajian oleh Penolong Profesor Tan Poh Lin daripada Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Malah, tinjauan itu turut mendapati bahawa sekitar 15 peratus pasangan tidak mengadakan seks langsung sepanjang 14 minggu kajian itu dijalankan untuk meneliti kegiatan seksual mereka, lapor akhbar The Straits Times.



Di kalangan mereka yang mengadakan seks pula, hanya satu daripada empat pasangan berjaya hamil dalam masa tiga bulan, berbanding satu daripada dua pasangan jika mereka mengadakan seks lapan kali sebulan, ujar Profesor Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >