Kakak, abang pendorong utama tanam cita-cita jadi juruterbang, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

KERJAYA

Kakak, abang pendorong utama tanam cita-cita jadi juruterbang

Jun 10, 2019 | 05:30 AM

CIK Nur Qistina Salim teruja apabila mendapat tahu bahawa kursus Diploma Elektronik Aeroangkasa di Politeknik Temasek (TP), mempunyai komponen kerjasama dengan Latihan Teknikal Lufthansa di Jerman.

Beliau yang baru tamat pengajian di TP yakin latihan bermutu tinggi di pusat yang memenuhi Ketetapan Layak Terbang Singapura (SAR)-147 itu membolehkan pelajar sepertinya meraih kemahiran dalam simulasi sekitaran kerja sebenar.

Tambahan pula, kursus yang ditawarkan itu mendapat pengesahan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) lantas mengurangkan tempoh perantisan Lesen Penyenggaraan Pesawat sehingga 10 bulan.

Namun, segala tanda tanya yang ligat bermain dalam minda gadis 20 tahun ini tentang adegan belakang tabir bagaimana sesebuah pesawat itu dikawal juruterbang sebenarnya tercetus kerana kakaknya, Cik Elle Tusya, 27 tahun.

Cik Elle merupakan pelajar perintis Diploma Elektronik Aeroangkasa hampir sedekad lalu.

Discover Malay Home Based Businesses

Abang Cik Nur Qistina, Encik Muhammad Hykel, 26 tahun, juga lulusan diploma serupa pada 2011.

Sedang Cik Elle merupakan jurutera pesawat berlesen, Encik Muhammad Hykel kini menjalani latihan jurutera pesawat berlesen.

Cik Nur Qistina pula ingin meraih ijazahnya terlebih dahulu sebelum menceburi alam pekerjaan. Berbanding kakak dan abangnya yang memilih menjadi jurutera, beliau ingin bertugas sebagai juruterbang.

"Sebenarnya, kami bertiga seronok berbual dengan menggunakan terminologi teknikal dunia penerbangan sewaktu makan malam.

"Tak perlu nak jelaskan panjang-panjang apa yang dimaksudkan kerana kami bertiga semua tahu apa yang ingin disampaikan. Kami hanya perlu kupas terminologi ini secara mudah buat ibu bapa kami yang bukan dalam bidang penerbangan.

"Selebihnya, ada yang boleh dijadikan rujukan di rumah kalau saya tidak pasti dengan tugasan sekolah," tambahnya.

Ibu bapa tiga beradik ini memberi galakan sepenuhnya buat anak-anak mereka 'terbang tinggi' dalam sektor penerbangan.

Encik Salim Kamin, 61 tahun, ialah pegawai Visa manakala Cik Hashimah Hassan, 51 tahun, suri rumah.

Ditanya apa yang membuatnya tertarik menyertai bidang penerbangan sebagai pembuka jalan buat adik-adiknya mengikut jejaknya, Cik Elle berkata:

"Segalanya berlaku tanpa dirancang kerana saya payah memilih kursus yang sesuai dengan naluri saya. Namun lama-kelamaan, cinta saya terhadap bidang penerbangan mula mekar.

"Saya kemudian gigih meneruskan program latihan sebagai jurutera pesawat berlesen selepas tamat pengajian diploma. Betapa seronoknya apabila saya melihat rangka pesawat."

Encik Muhammad Hykel pula terdorong mengambil bidang kejuruteraan aeroangkasa kerana suka menyenggara mesin besar.

"Secara peribadi, apabila saya memiliki kemahiran yang diutamakan melihat pada daya saing dalam tenaga kerja di Singapura, ia adalah perjalanan yang menggembirakan. Kini, saya ingin sangat menjadi jurutera sepenuh masa seperti kakak saya," katanya.

Cik Nur Qistina akur cabaran mengambil kursus penerbangan ini terletak pada usaha memastikan dirinya mampu menyesuaikan diri dengan sistem avionik yang kian dipertingkatkan.

Sewaktu di TP, beliau menjalani program bekerja sambil belajar di bawah jabatan operasi penerbangan di syarikat penyenggara pesawat dan katering di Lapangan Terbang Changi, Sats.

Kerjanya memastikan pakej penerbangan yang ditawarkan memiliki kesemua dokumen yang diperlukan sebelum ia diserahkan kepada kru dengan pengesahan kapten.

"Saya kini bekerja sambilan bersama Sats kerana saya sukakan sekitaran kerja tersebut. Bukan selalu dapat berada dalam kokpit dan bergaul dengan kru. Ia mendekatkan lagi impian saya bergelar juruterbang," katanya.

Tiga beradik ini yakin dengan masa depan industri penerbangan Singapura yang pesat berubah dan berkembang.

"Lihat sahaja bilangan terminal yang dibina di Lapangan Terbang Changi. Selain menambah kegiatan perdagangan, industri penerbangan membolehkan penumpang dan barangan dipindahkan lebih mudah lagi. Kami yakin ada sahaja kerja buat kami lakukan dengan sektor penerbangan menjadi antara penyumbang besar pada ekonomi Singapura," kata Cik Nur Qistina.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map