Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaki cabul jadikan kanak-kanak mangsa sepanjang 12 tahun

Aug 12, 2016 | 03:11 PM



SEORANG lelaki berusia 49 tahun yang mencabul beberapa kanak-kanak dalam tempoh 12 tahun lalu dihukum penjara 11½ tahun dan rotan 15 kali pada Jumaat (12 Ogos).



Tahir Hassan, yang sebelum ini menjadi tukang susun dan bungkus di sebuah pasar raya, pergi ke kawasan perumahan secara rambang untuk menjual barang-barang seperti minyak urut dan minyak wangi.



Sambil itu, dia akan menyasarkan kanak-kanak di kolong blok dan taman permainan yang dia akan cabuli.



Pada 2005, dia mula menjual kayu cahaya (light stick) kepada kanak-kanak dan masuk rumah mereka apabila ibu bapa mereka tiada.



Tahir didapati bersalah bagi enam tuduhan membabitkan mencabul kehormatan dan, dalam satu kes, penembusan seksual. Enam pertuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Antara mangsa Tahir ialah sepasang adik-beradik di Ang Mo Kio, yang bersendirian di rumah sekitar 10.30 pagi ketika dia datang ke flat mereka untuk menjual kayu cahaya.



Setelah mengetahui ibu bapa mereka tiada di rumah, dia menyuruh mereka membuka pintu dan duduk di sofa dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan itu menghadapnya.



Dia menyentuh kanak-kanak lelaki tersebut dan menyuruhnya pergi mandi sebelum mengarahkan budak perempuan itu menanggalkan pakaian dan mencabulnya.



Pada 2010, dia mendekati seorang budak perempuan menengah satu dan darjah satu di kolong blok di Toa Payoh. Dia menawarkan untuk mengajar mereka matematik, "mengubati" mereka dan membuat mereka lebih bijak.



Dengan menyuruh mereka mencari beberapa jenis daun dan bunga dan membawa mereka ke tangga tingkat 39 sebuah blok lain. Di sana, dia memakai sarung tangan pembedahan dan menyentuh mereka atas alasan menjalankan ritual "rawatan".



Tahir, yang mengakui dia mula mempunyai keinginan seksual menyentuh kanak-kanak pada 1995, juga didapati bersalah atas satu kesalahan yang dilakukan pada 2003.



Pada September tahun itu, dia mendekati seorang budak perempuan cacat penglihatan berusia lapan tahun yang dalam perjalanan membeli gula-gula dengan abangnya di Marsiling Drive.



Mereka berada di kolong blok apabila dia menyuruh budak lelaki itu pergi dan adiknya mengikutinya. Atas alasan hendak merawat matanya, dia melucutkan seluar pendek budak perempuan itu di sebuah pelantar tangga blok dan mencabulinya.



Budak itu kemudian pulang ke rumah menangis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >