Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaki pekerja terhempap setelah jentera penggali tumbang

Dec 18, 2019 | 02:58 PM



KAKI kiri seorang pekerja terhempap jentera penggali yang tumbang di tapak binaan Housing Board di Tampines pagi semalam (Selasa, 17 Dis).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah dimaklumkan tentang kejadian di Tampines Avenue 9 itu pada sekitar 11.10 pagi.



Jentera penggali itu tumbang semasa operasi mengangkat dan jatuh di sebelah lelaki itu lalu menghempap kaki kirinya, lapor The New Paper.



Gambar yang dikongsi di laman Stomp menunjukkan mangsa, yang dipercayai warga asing, terbaring di rumput sementara dikelilingi rakan kerja lain.



Mangsa dibawa ke Hospital Besar Changi untuk rawatan.



Kementerian Tenaga Manusia berkata ia sedang menyiasat kejadian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >