Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaki penunggang motosikal terpaksa dipotong selepas kemalangan dengan pemandu cuai

Mar 01, 2019 | 06:11 PM



SEORANG pemandu lori dihukum penjara setelah merempuh sebuah motosikal dan menyebabkan kecederaan teruk sehingga sebahagian kaki kiri penunggang motosikal itu terpaksa dipotong.



Jailani Abdul Majid, 62 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan teruk kerana memandu dengan cuai. Dia dijatuhi hukuman penjara dua minggu hari ini (1 Mac).



Dia juga tidak dibenarkan memandu semua kelas kenderaan selama dua tahun.



Jailani sedang memandu lori di Penjuru Lane sekitar 5 petang pada 14 Mei lalu apabila dia tiba di simpang empat di Penjuru Road.



Dia gagal berjaga-jaga semasa membelok ke kanan dan lori itu melanggar Encik Anbarasan Muthukumar yang menunggang motosikalnya di sepanjang Penjuru Road.



Encik Anbarasan, 25 tahun, mengalami keretakan pada bahu kiri dan kaki serta lebam di paru-paru kiri.



Kecederaannya terlalu teruk sehingga kaki kiri di bawah lutut terpaksa di potong, mahkamah diberitahu.



Encik Anbarasan dirawat di wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang dengan cuti sakit 60 hari.



Jailani, yang tidak diwakili, merayu agar didenda dan tidak dipenjara serta meminta hakim tidak melarangnya daripada memandu kerana ia akan menjejas pekerjaannya.



Mereka yang menyebabkan kecederaan teruk kerana memandu dengan cuai boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >