KAKITANGAN perkhidmatan awam akan menerima bayaran $500 sempena sambutan ulang tahun ke-50 Singapura (SG50) tahun ini, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam satu kenyataan, tadi.
Mereka akan menerima bayaran khas ini selain bonus pertengahan tahun, sebanyak setengah bulan.
Kakitangan perkhidmatan awam Divisyen IV yang bergaji rendah akan juga menikmati kenaikan gaji $30 sebulan, selain kenaikan tahunan tahun ini.
Semua bayaran akan dibuat bulan depan.