Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan awam dan suami bakal didakwa di mahkamah di bawah OSA kerana bocor maklumat pemutus rantaian jangkitan

OSA
Apr 21, 2021 | 03:02 AM



SEPASANG suami isteri akan didakwa di mahkamah pada Rabu (21 April) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana kesalahan menyebar dan berkongsi maklumat yang tidak sewajarnya - kes kedua dalam tempoh seminggu.



Maklumat yang mereka sebarkan dikatakan merupakan lakaran kenyataan media bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Kementerian Pendidikan.



Kenyataan itu sepatutnya mengumumkan keterangan mengenai pelaksanaan pembelajaran sepenuhnya dari rumah bagi sekolah dan institusi pengajian tinggi serta penutupan prasekolah dan pusat jagaan pelajar.



Wanita itu, kakitangan awam berusia 38 tahun, didakwa mengirim maklumat itu kepada suaminya, 39 tahun, sebelum kenyataan itu dikeluarkan secara rasmi. Suaminya itu kemudian mengirim maklumat tersebut kepada teman-temannya.



Pada Selasa malam (20 April), polis menyatakan mereka menerima laporan tentang kejadian pada 3 April tahun lalu itu.



Wanita itu dikatakan telah merakam foto kenyataan media itu daripada skrin komputernya. Beliau adalah penerima yang dibenarkan menerima kenyataan media itu. 



Dia juga telah merakam foto senarai khidmat penting yang akan terus beroperasi sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan dan mengirimkannya kepada suaminya yang memintanya berbuat demikian.



Kedua-duanya akan didakwa di mahkamah atas kesalahan menyebar maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi di bawah OSA.



Lelaki itu juga akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan memancing maklumat berkenaan di bawah OSA.



Mereka berdua boleh didenda hingga $2,000 dan dipenjara hingga dua tahun.



Seramai 16 individu lain yang menerima maklumat itu dan berkongsi dengan orang lain akan diberi amaran bertulis kerana menyampaikan maklumat yang tidak sewajarnya dikongsi, tambah polis.



Dalam kes berasingan, pada Rabu lalu, Zhao Zheng, 36 tahun, bekas kakitangan Kementerian Kesihatan (MOH) didakwa di bawah OSA kerana membocorkan bilangan kes Covid-19 sebanyak 22 kali tahun lalu.



Zhao dikatakan berkongsi bilangan kes harian dalam kumpulan WeChat yang mempunyai 49 anggota lain sebelum MOH secara rasmi mendedahkan jumlah tersebut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >