Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan Grab bantu hantar wanita hampir bersalin ke hospital

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



APABILA melihat seorang wanita yang kesakitan hendak bersalin tertunggu-tunggu mendapatkan kenderaan Rabu lalu, Encik Jamaludin Mohamed Talib dan isteri Cik Norfadilla Ahmat Jaafar segera tampil membantu.



Tanpa berlengah, pasangan yang bekerja sebagai pekerja penghantaran Grab itu menawarkan untuk menumpangkan wanita yang tidak dikenali itu dan suaminya ke hospital dengan menaiki kereta mereka.



Encik Jamaludin, 37 tahun, memberitahu Berita Harian beliau dan isterinya, Cik Norfadilla, 32 tahun, memerhatikan wanita yang sarat mengandung itu kelihatan seperti sedang menahan kesakitan di bawah blok di Sumang Walk pada sekitar 9.15 pagi.



Suami wanita itu pula kelihatan seperti masih mencari dan menunggu kenderaan.



"Kami memang tidak kenal mereka. Lalu, saya berkata kepada isteri saya, apa kata kami tanya mereka, kalau sudah dapat driver ke belum.



"Kebetulan pula, pada masa itu, kami sedang menunggu jika ada sesiapa yang order makanan (melalui aplikasi Grab). Jadi kami pun pergilah ke arah pasangan itu dan bertanya.



"Pada mulanya, mereka menolak bantuan kami. Tetapi, kami tak sampai hati dan kasihankan isterinya dalam kesakitan. Mujur akhirnya, mereka pun setuju," ujar Encik Jamaludin.



Perbuatan pasangan itu telah mendapat perhatian ramai netizen baru-baru ini, setelah suami kepada wanita hamil itu, Encik Rahimin Zakaria, menyingkap pengalaman mereka di Facebook, dan meluahkan penghargaannya.



Apabila dihubungi BH semalam, Encik Rahimin mengesahkan beliau dan isterinya, Cik Mastura Kassim, kedua-duanya 41 tahun, memang menghadapi kesukaran mendapatkan kenderaan pada waktu itu.



Dek tersentuh dengan perbuatan Encik Jamaludin dan Cik Norfadilla, beliau memutuskan untuk menguar-uarkannya di media sosial.



"Tujuan pos saya itu adalah untuk menghargai perbuatan mulia mereka yang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, agar pos itu memberi inspirasi dan mendorong orang lain untuk sama-sama lakukan kebaikan dan tolong-menolong tak kira bangsa," kata Encik Rahimin.



Penyelaras penerbangan kanan itu baru sahaja pulang ke rumah dari hospital bersama isterinya dan bayi perempuan mereka petang semalam.



Catatannya di Facebook itu telah menjadi tular dengan sebanyak 865 perkongsian dan lebih 2,000 reaksi positif hingga petang semalam.



Terdapat banyak komen yang memuji perbuatan Encik Jamaludin dan Cik Norfadilla, dan ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada Encik Rahimin dan isteri yang menimang cahaya mata kedua mereka itu.



Encik Jamaludin pula berkata: "Kami hanya membantu dengan ikhlas. Tak minta apa-apa balasan. Yang penting bagi kami, semuanya selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >