SESI bergambar sempena rahat tahunan kakitangan Yayasan Mendaki berubah menjadi insiden yang tidak diingini apabila jambatan setinggi tiga meter di mana 26 daripada mereka berdiri tiba-tiba roboh - menyebabkan mereka terjatuh ke dalam air, petang kelmarin.
Kejadian berlaku di Montigo Resorts Nongsa di Batam sekitar 4 petang.