Kakitangan Mendaki terlibat dalam kejadian jambatan roboh di Batam pulang ke S'pura

Tiga ambulans menanti di Terminal Feri Tanah Merah untuk bawa beberapa staf ke hospital

Sekumpulan 26 kakitangan Yayasan Mendaki yang terlibat dalam satu kejadian jambatan roboh di Batam telah selamat tiba di Singapura tengah hari tadi.

Sebanyak tiga ambulans dan satu trak bomba juga disediakan untuk membawa beberapa daripada mereka yang cedera ke hospital. 

Ketika ditemui media di Feri Terminal Batam, jurucakap Mendaki, Cik Julinah Sulaiman, berkata seramai 24 daripada mereka mengalami kecederaan ringan. 

Dua yang lain telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut di Singapura.

Mereka merupakan antara 100 anggota yang telah menghadiri rahat di Resort Montigo Bay di Batam sejak semalam dan dijadual untuk pulang petang ini. 

Memberi penjelasan, Cik Julinah berkata kesemua 26 sedang hendak bergambar di atas jambatan tersebut sebelum ia runtuh. 

Galeri Foto