Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan Muis, pelajar madrasah peringati Hari Kebangsaan

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



KAKITANGAN dan Pengurusan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta para pelajar dan guru madrasah telah berkumpul bagi upacara memperingati Hari Kebangsaan kelmarin.



Gambar menunjukkan detik melafazkan ikrar negara dengan antara yang hadir termasuk (barisan depan, dari kanan) Timbalan Pegawai Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Menteri Bertanggjungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman dan Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Dalam catatan di Facebooknya, Encik Masagos berkata majlis itu mempunyai maksud yang mendalam dan telah menyatukan kita semua untuk menempuh masa-masa sukar dan tidak menentu bersama sebagai satu bangsa, sejajar dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, 'Lebih Kuat Bersama, Majulah!'.



Majlis itu dibuka dengan persembahan silat oleh pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah.



Encik Masagos memuji ketangkasan serta keyakinan yang ditonjolkan pelajar. Ia melambangkan kekuatan dan keteguhan hati bangsa dalam landskap yang sentiasa berubah.



Para pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah pula menunjukkan bakat memalu kompang serta persembahkan lagu nasyid serta lagu Hari Kebangsaan.



Dalam catatan yang sama, Encik Masagos berkata kepada semua yang menunggu sambutan Hari Kebangsaan, beliau mengharapkan agar rakyat Singapura dapat menikmatinya bersama keluarga dan yang tersayang, serta sentiasa menggalkkan satu sama lain untuk terus maju bersama .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >