Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan pentadbir vaksin Covid-19 diingatkan usah tinggal tugas separuh jalan bagi elak kesilapan di SNEC berulang

Feb 24, 2021 | 07:23 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengarah penyedia khidmat vaksinasi agar patuh pada protokol perubatan bagi memastikan kakitangan yang mentadbir suntikan Covid-19 tidak mengulangi kesilapan bulan lalu di mana seorang kakitangan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) menerima suntikan lima dos vaksin Pfizer-BioNTech



Berucap di Parlimen pada Rabu (24 Februari), Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata kakitangan yang mentadbir vaksin tidak dibenarkan meninggalkan tugas mereka sebelum tamat tugasan tersebut.



Seandainya perlu meninggalkan tugas tersebut, harus ada dokumentasi yang betul dan pembahagian semula tugas kepada pekerja lain, tambah Dr Janil, yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan).



Beliau menjawab soalan yang diajukan Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio), Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied). 



Mereka bertanyakan tentang langkah yang diambil bagi mengelakkan berulangnya peristiwa 14 Januari itu, yang berlaku seminggu selepas Singapura secara rasmi memulakan latihan vaksinasi nasional.



Dalam kejadian melibatkan latihan vaksinasi kakitangan SNEC, seorang pekerja diberi vaksin Covid-19 yang tidak dicairkan.



Kejadian itu berlaku setelah seorang pekerja yang ditugaskan mencairkan vaksin itu kemudian diminta menguruskan perkara lain. Pekerja kedua itu pula silap menyangka vaksin yang belum dicairkan itu sudah boleh digunakan bagi suntikan.



Pekerja yang disuntik itu kemudian dimasukkan ke hospital bagi pemantauan keadaan kesihatannya tetapi tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >