Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan, pesakit pusat dialisis NKF di Boon Keng jalani kuarantin

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



SEMUA kakitangan barisan depan dan beberapa pesakit di pusat dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Sakyadhita di Boon Keng sedang menjalani kuarantin setelah ia mengumumkan kelmarin bahawa terdapat satu kelompok Covid-19 yang berkait dengannya.



Kakitangan jururawat dan operasi serta pesakit yang telah mengunjungi pusat itu semasa tempoh sama kes Covid-19 disahkan telah dikuarantin.



Pesakit akan ke pusat dialisis lain, yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), untuk menerima rawatan semasa tempoh kuarantin mereka, kata NKF.



Dalam kenyataannya semalam, NKF berkata tiga daripada pesakitnya telah diuji positif bagi Covid-19 dan dirawat di hospital. Ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan stabil dan tidak dimasukkan ke unit jagaan rapi.



NKF menambah pembersihan dan penyahjangkitan yang menyeluruh di pusat dialisis itu telah dikendalikan Sabtu lalu.



Ia telah mengaktifkan dan mengerahkan Pasukan Respons Kecemasan Covid-19-nya ke pusat dialisis yang terjejas untuk memastikan penjagaan yang berterusan dan gangguan yang minimal.



NKF berkata ia sedang bekerja rapat dengan MOH untuk memantau keadaan dan memastikan langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang diperlukan diambil untuk mengekang penularan virus daripada terus merebak.



"Pesakit dialisis perlu terus dengan rawatan dialisis mereka tiga kali seminggu tanpa mengira keadaan.



"NKF akan terus memantau keadaan 24 jam sehari dan menyesuaikan langkah kami dengan sewajarnya untuk memastikan pesakit kami dapat terus menerima rawatan dialisis yang selamat dan tidak terganggu, itu menjadi keutamaan," katanya.



Kelompok Covid-19 berkait pusat dialisis itu bermakna sehingga kelmarin, terdapat 131 kelompok aktif di Singapura, lapor The Straits Times.



Dalam pada itu, MOH kelmarin berkata enam kes Covid-19 telah dikesan di empat blok flat HDB melalui ujian pengawasan masyarakat bagi penduduk.



MOH berkata ia telah selesai menjalani ujian bagi penduduk Blok 237 Bukit Batok East Avenue 5 Sabtu lalu.



Seorang penduduk diuji positif sementara 46 lagi diuji negatif bagi Covid-19. Kementerian itu mengendalikan ujian Jumaat lalu selepas tujuh kes dikesan dalam empat isi rumah di blok itu.



Di Blok 51 Chin Swee Road, 507 individu didapati negatif manakala tiga diuji positif menyusuli ujian Sabtu lalu.



MOH berkata Jumaat lalu empat kes telah dikesan di empat isi rumah di blok tersebut dan serpihan virus Covid-19 dikesan dalam sampel air sisa yang dikumpulkan dari blok tersebut.



Sementara itu, operasi ujian untuk penduduk Blok 683 Tessensohn Road menghasilkan ujian negatif untuk semua 452 individu yang diuji. Kementerian itu berkata Jumaat lalu lapan kes dikesan dalam empat isi rumah di blok tersebut.



Operasi ujian yang selesai dikendalikan Ahad lalu bagi penduduk Blok 556 Ang Mo Kio Avenue 10 - ujian Covid-19 wajib kedua mereka - pula mendapati 472 individu negatif Covid-19 dan dua kes positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >