Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kakitangan Scoot rai pekerja kesihatan, anak rentan

Setempat
27
0

BERITA

Kakitangan Scoot rai pekerja kesihatan, anak rentan

Dec 18, 2020 | 05:30 AM

MESKIPUN menghadapi tahun yang mencabar, seramai 100 kakitangan Scoot, termasuk juruterbang Scoot Cik Farhain Abu Bakar dan kru kabin, telah berkumpul untuk menunjukkan penghargaan kepada pekerja jagaan kesihatan yang tampil dengan berani melawan virus Covid-19.

Mereka juga turut membawa keceriaan kepada anak-anak dan remaja yang rentan.

Dalam satu inisiatif yang digelar Scoot-mas Surpise, seramai 90 benefisiari daripada Community Life dan Pusat Perkhidmatan Keluarga Pasir Ris (PRFSC) serta 98 pekerja jagaan kesihatan dari SingHealth Group, termasuk Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan Hospital Besar Changi telah berpeluang untuk 'terbang' di atas kapal terbang 787 Dreamliner Scoot.

Menjelang musim perayaan hujung tahun, Pegawai Pertama Scoot, Cik Farhain biasanya akan membawa penumpang kembali ke tanah air masing-masing untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Dengan penerbangan yang terhad tahun ini akibat penularan Covid-19, Ci Farhain rasa kecewa tidak melakukan demikian.

Namun begitu, beliau melahirkan perasaan gembira mendapat menggunakan masa lapangnya sekarang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif tersebut.

"Ramai antara mereka bekerja keras di barisan hadapan jadi saya berbesar hati dapat menghargai mereka yang telah berusaha semasa tempoh yang mencabar ini.

"Melalui acara ini hari ini, saya berharap mereka dapat menikmati lawatan khas untuk mereka serta meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka melakukan pelbagai aktiviti yang kami telah sediakan," kata beliau yang berusia 33 tahun.

Pengunjung yang telah 'check-in' untuk 'terbang' semalam, diberi lawatan di dek penerbangan dan kabin yang dihoskan oleh kru kabin.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti seperti bilik gambar, permainan serta stesen kraf untuk ibu bapa dan anak-anak mereka.

Kemudian mereka dijemput makan tengah hari di atas kapal terbang, yang menampilkan makanan dari Kafe Scoot, di mana anak-anak telah berpakaian kru kabin Scoot dan membantu menyajikan makanan.

Cik Norsalinah Nordin, 47 tahun, seorang benefisiari PRFSC berkata ia merupakan pengalaman membuka mata baginya serta anak-anaknya ketika mereka membesar.

"Kemuncak lawatan ini adalah lawatan kapal terbang yang dijalankan oleh kru kabin dan juruterbang. Kami berpeluang untuk melihat pelbagai peranan dalam industri penerbangan.

"Ia bukan hanya memberi saya sekeluarga peluang untuk meluangkan masa bersama tetapi juga mendedahkan anak-anak saya kepada pekerjaan yang berlainan dan menumbuhkan minat mereka dalam industri ini dalam masa akan datang," ujar ibu empat orang anak itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3