Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan SPH edar beg cenderahati kepada warga emas

Jan 12, 2017 | 10:34 AM



KAKITANGAN Singapore Press Holdings (SPH) akan mengedar beg cenderahati bernilai $50 setiap satu kepada 120 warga emas memerlukan di Rumah Masyarakat Warga Emas AWWA pada Jumaat (13 Jan), sebagai sebahagian daripada acara tahunan 'SPH Cares with Bags of Love' syarikat itu.



Beg itu berisi barang keperluan asas seperti roti, beras dan makanan dalam tin, serta barang perayaan seperti limau mandarin, yang didermakan oleh penaja, divisyen dan kakitangan SPH.



Lebih 20 kakitangan akan ke rumah masyarakat di Ang Mo Kio itu, di mana penghuninya akan disajikan dengan makanan tengah hari dan lo hei, iaitu acara melambung salad ikan mentah, bagi menyambut Tahun Baru Cina.



Penghuni rumah masyarakat itu penerima skim bantuan masyarakat dan tidak mempunyai sokongan keluarga.



Sementara itu, dua cara bagi membawa kecerian sempena musim perayaan kepada mereka yang memerlukan akan berlangsung hujung minggu ini.



Dana Masyarakat akan mengadakan acara Fu Dai tahunannya pada Sabtu (14 Jan), di mana 1,800 sukarelawan akan membantu membungkus dan mengedar 5,000 beg perayaan berisi barang dermaan kepada warga tua dan keluarga memerlukan.



Fu Dai, yang bermaksud 'beg kemakmuran' dalam bahasa Mandarin, dianjurkan bersama kumpulan sukarelawan Heartwarmers.



Beg berisi keperluan rumah dan barang perayaan itu akan diedar di kawasan seperti Nee Soon dan Bukit Merah kepada benefisiari badan amal yang disokong Dana Masyarakat.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing, akan mengetuai usaha tahun ini, bersama Anggota Parlimen lain.



Pada Ahad (15 Jan), GRC Marine Parade akan mengadakan acara bagi ahli masyarakat membungkus dan mengedar makanan kepada golongan memerlukan, di samping membantu penduduk membersihkan rumah mereka menjelang Tahun Baru Cina.



Acara Hari Satu Masyarakat itu diketuai oleh Marine Parade GRC bagi menyokong Singapore Cares - sebuah gerakan kebangsaan yang bertujuan menggalak kesukarelawanan dan amal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >