PERATURAN diperlukan demi melindungi masyarakat daripada berita palsu, terutamanya golongan yang mudah terjejas olehnya seperti warga emas, menurut ketua pegawai program sebuah badan kebajikan sukarela, Encik Raja Mohan M K.
Semasa sidang awam Jawatankuasa Pilihan semalam, Encik Mohan mengongsi pengalaman interaksinya bersama warga emas yang tidak tahu membezakan kandungan yang benar atau palsu.
Memberi contoh, beliau berkata mesej yang dihantar oleh bot Internet, iaitu aplikasi sofwe yang melakukan tugas automatik, ke WhatsApp tidak semuanya benar.
Ini satu keprihatinan Encik Mohan kerana ramai warga emas tidak sedar sama ada kandungan itu benar atau palsu.