Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kalau dah jodoh, tak ke mana...

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



KATA orang, memang sudah jodoh.



Cik Nurul Ain Mohd Masnoor tidak pernah menyangka jejaka dari negara dan benua lain akan menjadi cinta hatinya.



Beliau menemui warga Colombia, Encik Muhammad Khaled Hernandez, apabila pemuzik itu berada di Singapura untuk membuat persembahan.



Cik Nurul Ain, 34 tahun, seorang pembantu eksekutif operasi, dan Encik Khaled, 50 tahun, baru mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.



Semakin ramai wanita Singapura seperti Cik Nurul Ain yang mengahwini lelaki warga asing.



Pada 2019, seramai 1,727 wanita Singapura telah berkahwin bersama pasangan lelaki yang bukan warga Singapura. Ini peningkatan sebanyak 52 peratus daripada 1,134 pasangan seperti itu pada tahun 2009.



Ini menurut perangkaan dalam Laporan Ringkas Penduduk edisi 2010 dan 2020 yang diterbitkan pemerintah.



Kira-kira dua dalam tiga pengantin lelaki bukan warga Singapura pada 2019 ialah warga negara-negara Asia, sementara selebihnya memiliki kewarganegaraan dari negara-negara di Amerika Utara, Eropah, Oceania dan negara-negara lain.



Seorang lagi warga Singapura, Cik Nurhuda Mohamed Khamis, 34 tahun, bertemu Encik Anass Samsar, 35 tahun, warga Maghribi ketika beliau berada di Singapura untuk membuat persembahan qasidah di Singapura pada 2017.



Setelah bernikah pada November 2018, Cik Nurhuda menetap di Maghribi lebih kurang setahun.



Namun begitu, mereka terpaksa berpisah selama empat bulan apabila Cik Nurhuda perlu pulang ke Singapura tahun lalu.



Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, pasangan ini tetap tabah melaluinya demi cinta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >