Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kali ini baucar barang dapur akan diberi terus ke rumah penerima

Bagi elak kes kecurian baucar dari peti surat sebelum ini
Dec 07, 2020 | 05:30 AM



KUMPULAN kedua baucar barangan dapur bernilai $150 akan diberi kepada warga Singapura yang kurang mampu, kali ini langsung ke rumah mereka.



Baucar itu akan dihantar pada empat Sabtu berikutnya mulai 12 Disember ini.



Ini setelah berlakunya kes kecurian daripada peti surat membabitkan 229 set baucar sebelumnya.



Menurut Kementerian Kewangan (MOF) semalam, baucar itu bertujuan membantu penerima membiayai perbelanjaan keperluan mereka dalam tempoh sukar sekarang.



Warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas tahun ini dan tinggal di flat HDB satu dan dua bilik, dan tidak memiliki lebih satu hartanah, layak menerima baucar itu.



"Cara baru penghantaran ini mengambil kira maklum balas dan pengalaman semasa pengedaran baucar kumpulan pertama pada Oktober lalu.



"Ia cuba mengimbangi ciri keselamatan dan kemudahan kepada penerima," jelas MOF sambil menambah bahawa pihaknya bekerjasama dengan syarikat SingPost.



Jika penerima tiada di rumah semasa penghantaran pertama, penghantaran kedua akan dibuat pada Isnin hingga Jumaat selanjutnya.



Jika baucar itu masih tidak berjaya dihantar dalam kedua-dua penghantaran, MOF akan memberi Kad Pemberitahuan Penghantaran bagi penerima mengambil baucar barangan dapur mereka di pejabat pos yang tertera di kad dalam tempoh 10 hari.



Diumumkan semasa Belanjawan 2020 oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada 18 Februari lalu, kira-kira 150,000 penerima yang layak masing-masing akan mendapat $300 pada tahun ini dan lagi $100 pada Oktober tahun depan.



Kumpulan baucar pertama bernilai $150 telah diedarkan pada Oktober lalu.



Mengulas, Encik Heng, juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata:



"Dalam tempoh mencabar sekarang, kami tahu bahawa perbelanjaan rumah mungkin membebankan fikiran keluarga kurang mampu dalam kalangan kita.



"Sebelumnya, kami telah mengedarkan kumpulan pertama baucar barangan dapur pada Oktober lalu untuk membantu menampung perbelanjaan isi rumah penerima.



"Saya berharap kumpulan kedua baucar ini akan dapat memberi bantuan tambahan."



Berkaitan dengan kes kecurian baucar itu pada Oktober lalu, sehingga 28 Oktober, 55 orang telah diberkas atas kesalahan mencuri baucar tersebut.



Selain itu, Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah, berkata di Parlimen sebelum ini bahawa penggunaan baucar digital tidak dilaksanakan memandangkan ada penerima yang tidak mempunyai telefon bijak, atau pelan data telefon atau kurang berpengetahuan dalam penggunaan digital.



Baucar barangan dapur itu boleh digunakan di pasar raya termasuk FairPrice, Giant, Prime dan Sheng Siong.



Baucar itu boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021.



Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai skim ini, lungsuri go.gov.sg/ csp2020 atau hubungi talian 1800-2222-888.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >