Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Kamera laju baru beroperasi Isnin di Tanah Merah

Dec 12, 2018 | 05:30 AM

ZON PENGUATKUASAAN: Sistem Kamera Kelajuan Purata (ASC) di Tanah Merah Coast Road (gambar), yang akan mengesan dan mengira kelajuan purata sesebuah kenderaan, akan bermula Isnin depan. Polis kelmarin berkata Tanah Merah Coast Road dipilih bagi pengerahan sistem ASC itu kerana pernah berlaku kejadian kenderaan dipandu dengan laju dan perlumbaan haram, lapor The Straits Times (ST). Sistem itu, yang pertama dikerahkan di jalan raya Singapura, akan digunakan bagi penguatkuasaan sepanjang empat kilometer jalan raya itu yang mempunyai had kelajuan 70 kilometer sejam.

Sistem itu, yang merangkumi kamera di permulaan dan akhir zon penguatkuasaan itu, akan mengesan dan mengira kelajuan purata sesebuah kenderaan semasa ia dalam zon itu. Jika kelajuan purata kenderaan itu melebihi had kelajuan, pemandu boleh didakwa dengan kesalahan memandu dengan laju. Tanda-tanda akan dipasang di depan dan dalam zon penguatkuasaan untuk mengingatkan pemandu mematuhi had kelajuan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >