Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera polis bantu tangkap 15 orang buruan polis

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 15 orang yang dikehendaki polis, yang beberapa daripada mereka telah melarikan diri satu hingga dua tahun, dapat ditangkap antara September dengan Disember tahun lalu dengan bantuan kamera polis, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Beliau memberi contoh itu untuk menunjukkan betapa penggunaan kamera dengan keupayaan analitik video di sini, di bawah projek PolCam 2.0, mempertingkat keupayaan polis dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencari individu dikehendaki.



Encik Shanmugam berkata Singapura menyasar mempunyai sekitar 200,000 kamera itu menjelang 2030.



Projek PolCam 2.0 merupakan pengerahan kamera dengan keupayaan analitik video berskala besar yang pertama, dengan lebih 10,000 kamera dipasang di bandar dan pusat kejiranan, dan juga pusat makanan serta penghubung laluan.



"Dengan memanfaatkan sistem ini, Pasukan Polis Singapura memulakan operasi Senarai Pemerhati Warta Polis, dan bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat dan Perkhidmatan Penjara Singapura untuk mengesan penyalah guna dadah dan banduan dalam program pengawasan masyarakat yang telah melarikan diri," kata Encik Shanmugam di Majlis Penyampaian Anugerah Menteri anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Pasukan melancarkan dan mengendalikan projek PolCam 2.0 menerima Anugerah Pencapaian Home Team di majlis itu.



Sebanyak 194 anugerah disampaikan untuk mengiktiraf pegawai, pasukan dan agensi cemerlang yang menunjukkan keberkesanan dan kecekapan dalam operasi utama, kes dan projek, atau memaparkan taraf kecemerlangan inovasi dan perkhidmatan tinggi.



Antara lain, usaha memberi sokongan bagi banduan dan keluarga mereka di bawah kerjasama SPS dengan Pejabat Fitrah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah diiktiraf dengan Anugerah Kecemerlangan Operasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >