Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kampong Glam antara 10 kawasan dijadikan destinasi 'Singapoliday'

STB lancar bahagian kedua kempen SingapoRediscovers bagi galak warga teroka SG sambil sokong niaga tempatan
Nov 04, 2020 | 05:30 AM



MESKIPUN terpaksa lupakan rancangan bercuti ke luar negara cuti sekolah ini, warga Singapura tetap mempunyai banyak kegiatan menarik yang boleh dilakukan dalam negara.



Semalam, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melancarkan bahagian kedua kempen SingapoRediscovers, yang bertujuan menggalak warga meneroka beberapa kawasan di sini sambil menyokong perniagaan tempatan.



Sebanyak 10 kawasan menarik diketengahkan sebagai destinasi Singapoliday (percutian dalam Singapura), termasuk Joo Chiat/Katong, Kampong Glam, Sentosa dan Civic District.



Setiap kawasan itu merupakan destinasi percutian mini kaya dengan sejarah dan budaya, kata STB.



Ia menambah bahawa hotel, tarikan, pengendali pelancongan, perniagaan runcit dan tempat makan telah bersatu untuk menawarkan promosi hebat di setiap kawasan.



Terdapat sekitar 50 promosi gabungan, yang boleh didapatkan di laman https://www.visitsingapore.com/SingapoRediscovers/ serta aplikasi VisitSingapore.



Setiap promosi bagi setiap kawasan menawarkan kombinasi pelbagai produk, termasuk staycation, lawatan ke tempat tarikan dan tawaran makanan, antara lain.



Di Kampong Glam, misalnya, hotel butik The Sultan dan syarikat Tribe Tours bekerjasama untuk menawarkan promosi staycation dan lawatan fotografi Instagram di mana pelawat akan dibawa ke beberapa kawasan, termasuk Bugis dan Waterloo Street.



STB juga telah merancang jadual perjalanan Singapoliday di 10 kawasan itu.



Jadual perjalanan tersebut dapat disesuaikan dengan permintaan pelawat, untuk membantu mereka yang berminat merancang percutian mini hingga tiga hari di setiap kawasan.



Sebagai contoh, warga Singapura boleh menginap di Hotel Soloha atau Oasia Hotel Downtown Singapore dan teroka kawasan Chinatown dengan menaiki beca.



Mereka yang mahukan percutian di pulau Sentosa pula boleh menginap di The Barracks Hotel Sentosa atau Capella Hotel Singapore dan melakukan kegiatan memancing sambil berkayak.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman SingapoRediscovers.



Ketua Eksekutif STB, Encik Keith Tan, berkata: "Dengan cuti sekolah semakin hampir, kami berharap (warga tempatan) boleh melakukan Singapoliday juga.



"Terdapat banyak perkara yang boleh diteroka dan dilakukan di kawasan-kawasan menarik di sini, setiap daripadanya mempunyai cerita unik masing-masing dan perniagaan tempatan yang memerlukan sokongan kita."



Sejak pelancaran kempen SingapoRediscovers pada Julai, sekitar 100 perniagaan di sini telah menawarkan lebih 600 promosi, termasuk promosi gabungan Singapoliday.



Kempen tersebut telah dilanjutkan dari Mac 2021 ke Jun 2021.




10 Kawasan 'Singapoliday' berserta promosi gabungannya



1. Changi/ East Coast



- Staycation Capri Master Chef



2. Chinatown



- Jejak Warisan dan staycation di Amoy Hotel



3. Civic District



- Penginapan 2 hari 1 malam (2D1N) di Raffles Singapore dan Pengalaman Teh di Sunny Hills



4. Joo Chiat/ Katong



- Pengalaman 2D1N di Hotel Classic by Venue dan Lawatan Galeri Persendirian di Straits Enclave



5. Kampong Glam



- Staycation #InstaGlam The Sultan dan lawatan berjalan



6. Little India



- Teroka Little India - Vagabond Style



7. Mandai/ Kranji



- Lawatan ke dua ladang tempatan



8. Marina Bay



- 2D1N di Mandarin Oriental dan lawatan ke Taman di Persisiran



9. Orchard Road



- Picnic Rendezvous - berpiknik dan sesi bergambar (photoshoot)



10. Sentosa



- Jejak Warisan dan staycation di Amara Sanctuary Resort Sentosa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >