Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kampung Glam bakal lalui transformasi digital

Nov 03, 2017 | 10:49 AM



PELANGGAN yang membeli belah di kawasan Kampung Glam boleh menikmati pengalaman yang lebih menarik di masa depan, apabila peruncit menggunakan teknologi digital untuk memberi layanan khusus kepada setiap individu dengan menggunkan analisis data.



Ia antara rancangan untuk membimbing sektor perniagaan memanfaatkan teknologi digital, salah satu tumpuan Peta Transformasi Industri Infokom Media (ICM ITM) yang dilancarkan  Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA). 



Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim memperkenal peta transformasi tersebut di majlis menyambut ulang tahun pertama IMDA di Pusat Konvensyen Suntec pada 3 November.



Peta transformasi itu juga dijangka mencipta 13,000 pekerjaan bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) pada 2020, menjadikan jumlah pekerja sektor Infokom Media (ICM)  210,000 secara keseluruhan.



Dalam ucapannya di majlis itu, Dr Yaacob menekankan peri penting membangun teras sektor ICM.



“Demi menggarap peluang yang diwujudkan oleh teknologi dan transfomasi digital, kami harus mengukuhkan teras sektor Infokom dan Media.



“Transformasi sektor ini juga menjadi pemangkin yang akan menggandakan pembangunan sektor lain dalam ekonomi.”



Antara inisiatif yang diperkenal semalam ialah usaha membimbing syarikat dan tenaga kerja dari sektor-sektor berbeza ke arah transformasi digital menerusi Rancangan Digital Industri (IDP).



Ini bertujuan meningkatkan produktiviti, kecekapan pekerja serta membantu sektor tertentu dalam memanfaatkan teknologi digital untuk membangun.



Peta transformasi yang dilancarkan turut melakarkan usaha membina keupayaan dalam empat teknologi canggih; Keselamatan Siber, Keterhubungan Internet dalam alat harian, Kecerdasan Buatan & Sains Data dan Media Tiga Dimensi (Immersive Media)



Dr Yaacob turut mengumumkan pelancaran beberapa insiatif AI termasuk Program Kerjasama Perniagaan AI yang bertujuan untuk memadankan keperluan atau kekurangan sesebuah perniagaan dengan penyelesaian AI yang sesuai.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >