Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Kampung Pulau Ubin jalani peningkatan

Nov 24, 2019 | 05:53 PM

LANDSKAP kampung Pulau Ubin bakal dipertingkat dengan langkah-langkah yang bakal diambil Lembaga Taman Negara (NParks) untuk memperbaiki tujuh rumah dan sebuah kedai kopi lama di pusat bandarnya.

Projek tersebut bermula bulan lalu dan bertujuan untuk mengatasi masalah seperti bumbung bocor, lantai rosak dan tingkap pecah.

Dalam beberapa kes - seperti di rumah No. 239 di Jalan Endut Senin - struktur bangunan akan diperbaharui secara keseluruhan dalam inisiatif pertama  NParks untuk menyelenggara rumah-rumah di pulau tersebut.

Enam daripada tujuh penghuni jangka panjang rumah-rumah tersebut telah meninggal dunia sekitar tempoh tahun lalu dan anak-anak mereka sedang dalam proses mengambil alih.

NParks kini bekerjasama dengan pakar warisan seperti Penolong Profesor Imran Tajudeen dari Jabatan Seni Bina Universiti Nasional Singapura (NUS), pakar antropologi Vivienne Wee dan Dr Chua Ai Lin dari Persatuan Warisan Singapura.

Menurut NParks, saranan diberikan oleh anggota Friends of Ubin Network (FUN) untuk menjalankan kerja-kerja pembaharuan dan pembaikan terhadap rumah-rumah di situ. Penduduk juga telah mendekati NParks untuk mendapatkan bantuan memperbaiki rumah-rumah mereka.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian