Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kampus bangun keupayaan siber di rantau ini dibuka

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kampus yang akan menyokong usaha membangunkan keupayaan siber di rantau ini rasmi dibuka semalam.



Mengumumkan kampus Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Asean-Singapura (ASCCE) itu, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata ASCCE memanfaatkan usaha serantau yang diselaras untuk menyampaikan program membina keupayaan bagi pegawai pemerintah kanan Asean menerusi pendekatan 4M iaitu berbilang disiplin, berbilang pihak berkepentingan, bermodul dan boleh diukur.



Cik Teo berkata demikian semasa berucap di Sidang Menteri Asean mengenai Keselamatan Siber (AMCC) yang berlangsung sebagai sebahagian daripada acara Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) semalam.



"(Usaha membina keupayaan siber) merupakan keutamaan bagi rantau ini kerana ia adalah asas yang menyokong negara anggota Asean melaksanakan norma kelakuan yang bertanggungjawab dalam ruang siber," ujarnya.



Malah tambahnya, tumpuan utama usaha membina keupayaan ini ialah mengambil pendekatan serantau untuk berkongsi pengalaman yang paling relevan dan menubuhkan rangkaian pegawai siber yang kukuh di Asean.



Tambahnya, akaun LinkedIn ASCCE juga akan dilancarkan untuk membolehkan komunikasi dan perkongsian maklumat dengan lebih baik di kalangan alumni dan rakan kerja ASCCE.



Selain membina keupayaan siber, Cik Teo turut menggariskan perlunya bagi negara anggota Asean mengukuhkan kerjasama dari segi strategi siber dan kerjasama operasi-teknologi siber sedang pelaku ancaman siber yang berniat jahat terus meningkatkan modus operandi mereka.



Menarik perhatian Strategi Kerjasama Keselamatan Siber Asean yang pertama dari 2017 hingga 2020, beliau berkata banyak kemajuan berjaya dicapai dari segi penyelarasan dasar dan respons terhadap kejadian sebagai satu Asean.



Namun kini, Cik Teo berkata Singapura bersedia menerajui usaha mengemas kini strategi itu untuk menangani cabaran yang berubah-ubah di tahap seterusnya.



Strategi yang dikemas kini itu akan memberi lebih tumpuan kepada daya usaha menyokong aturan berdasarkan peraturan di ruang siber dan Pelan Induk Digital Asean 2025.



Usaha juga sedang dijalankan untuk membentuk Pasukan Respons Kecemasan Komputer (Cert) Asean dan Mekanisme Pertukaran Maklumat Cert Asean, antara lain untuk berkongsi maklumat ancaman dengan pantas supaya dapat mendahului usaha mengatasi serangan siber serta mengukuhkan daya tahan rantau ini terhadap ancaman keselamatan.



Cik Teo berkata sifat proaktif, dan bukan sekadar bertindak balas, juga diperlukan dalam bidang keselamatan siber, untuk melindungi sistem dan rangkaian daripada serangan siber.



Ini termasuk dengan memastikan sistem, rangkaian dan peralatan selamat.



Bercakap di perbincangan Meja Bundar Keselamatan Internet Benda (IoT) Antarabangsa semalam, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) Dr Janil Puthucheary turut mengumumkan bahawa Singapura telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Finland untuk saling mengiktiraf label keselamatan siber oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) serta Agensi Pengangkutan dan Perhubungan Finland (Traficom).



Dr Janil turut mengumumkan bahawa CSA juga telah bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa Global Cyber Alliance (GCA) untuk memanfaatkan Ekosistem Pertahanan IoT Automatik (Aide) mereka.



Tambahnya, CSA juga akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk melancarkan Sijil Siswazah bagi Penilaian dan Pensijilan Keselamatan Perkakasan, dengan program itu dijangka bermula tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >