Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kampus baru Madrasah Al-Arabiah perlu lagi $7 juta, dibuka 2020

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



PROJEK pembangunan kampus baru Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah di Toa Payoh berharap mahu mengumpulkan lagi $7 juta.



Ini tambahan kepada $10 juta yang sudah diperuntukkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Kampus baru itu terletak di No. 3 Lorong 6 Toa Payoh, bersebelahan kampus madrasah itu yang ada sekarang.



Ia dijangka mula beroperasi pada Januari 2020.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang melancarkan projek pembinaan madrasah itu semalam, menyifatkan projek itu penting bagi merombak madrasah di Singapura menjadi bertaraf dunia.



"Dengan kerjasama Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), kita berjaya dapatkan tanah ini buat kita mendirikan satu madrasah baik yang dilengkapi dengan kemudahan bagi pelajar mereka mendapat kemudahan baik.



"Ini adalah legasi bagi masyarakat kita untuk bekerjasama. Saya harap lebih ramai akan tampil untuk menolong kita mewujudkan institusi ini dan memainkan peranan bukan sahaja dari segi dana, bahkan menyumbang dari sudut yang lain.



"Kita harap pelajar madrasah akan mendalami pembelajaran dalam agama Islam tetapi segi mindanya berciri-ciri kesingapuraan,'' kata Dr Yaacob kepada media semalam.



Ditanya mengenai tambahan $7 juta yang perlu dikumpulkan oleh madrasah, beliau melahirkan harapan agar madrasah dapat mengumpulkan dana itu.



"Saya yakin kita dapat dana itu kerana kita tahu ia merupakan institusi milik masyarakat.



"Kita ada peranan bukan sahaja untuk generasi sekarang bahkan juga akan datang. Kalau kita berjaya, ini akan menjadi satu legasi yang kita rasa bangga,'' kata Dr Yaacob.



Pengetua madrasah, Encik Herman Cher Ma'in, semasa ditemui Berita Harian (BH), berkata madrasah itu akan melakukan beberapa acara pengumpulan dana tahun ini.



Hari ini, satu acara pertama diadakan merupakan syarahan bertajuk 'Menuju Alam Baqa' - Apakah tiga amalan yang berterusan setelah kita meninggal dunia' yang akan disampaikan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram di Masjid Al-Ansar di Bedok North selepas solat Isyak.



Bangunan baru lima tingkat madrasah itu akan dilengkapi antara lain dengan prasarana dan kemudahan berteknologi tinggi, dua makmal sains dan makmal pembelajaran.



Dengan konsep Nusantara tetapi diterapkan dengan elemen Islam, kampus itu juga akan dilengkapi dengan elemen mesra sekitaran seperti sistem panel suria dan penjimatan tenaga.



Ia direka untuk memenuhi keperluan lebih 300 pelajar dari menengah satu hingga empat. Kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi.



Dr Yaacob kali pertama memaklumkan mengenai tambahan $10 juta itu dalam semakan semasa bahas belanjawan ehwal masyarakat Islam di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) baru-baru ini.




"Saya yakin kita dapat dana itu kerana kita tahu ia merupakan institusi milik masyarakat.

Kita ada peranan bukan sahaja untuk generasi sekarang bahkan juga akan datang. Kalau kita berjaya, ini akan menjadi satu legasi yang kita rasa bangga.''

- Dr Yaacob Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >