Kampus baru Madrasah Arabiah Al-Islamiah serba lengkap
Bangunan lima tingkat ikut standard MOE dengan kemudahan serta prasarana baru melengkapi kurikulum berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
Jan 13, 2020 | 05:30 AM
Madrasah Arabiah Al-Islamiah (MAI) membuka lembaran baru dengan penghijrahan ke bangunan baru pada 2 Januari lalu. Pengetua MAI berkongsi dengan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) akan kenangan manis di bangunan lama dan harapan di kampus baru madrasah itu.
PENGETUA Madrasah Arabiah Al-Islamiah (MAI), Encik Herman Cher Ma'in, masih teringat lagi bagaimana kampus lama sekolah itu telah menjadi tuan rumah kepada satu acara iftar GRC Bishan-Toa Payoh yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.