INSTITUT Teknologi Singapura (SIT) yang ditubuhkan pada 2009 oleh Kementerian Pendidikan (MOE) akan menawarkan ijazahnya sendiri mulai tahun ini selepas mendapat status universiti autonomi semalam.
SIT adalah universiti autonomi kelima di Singapura dan mempunyai status dan fleksibiliti seperti Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).