Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kampus Kesihatan Woodlands sedia 1,800 katil, guna teknologi bijak

Apr 18, 2017 | 11:50 AM



KEMUDAHAN hospital pertama di Woodlands - Kampus Kesihatan Woodlands (WHC) yang menyediakan 1,800 katil - akan memanfaatkan kemudahan teknologi bijak bagi meningkatkan mutu penjagaan pesakit sedang negara ini menghadapi "keadaan tenaga kerja yang mengecut".



Kampus itu, yang dijangka mula menerima pesakit pada 2022, akan mempunyai kedua-dua hospital masyarakat dan hospital sakit teruk, sebuah pusat rawatan lanjut dan klinik pakar.



WHC akan menjadi kampus pertama di mana kedua-dua hospital akan dibina serentak dan mengongsi bangunan yang sama - kerana ia akan juga mengongsi karyawan perubatan yang sama - jadi pesakit boleh bergerak dengan lancar dari penjagaan rapi ke rawatan susulan di bawah penjagaan doktor yang sama.



Di majlis pecah tanah hari ini (18 Apr), Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata, WHC harus "sedia hadapi masa depan" agar ia mampu menyahut cabaran akibat daripada permintaan yang meningkat dek rakyat yang kian tua sedang ia menghadapi kekangan sumber tenaga.



Merujuk kepada sebuah laporan dalam majalah Economist bulan lalu, Encik Gan berkata, hospital masa depan boleh menjadi pusat kawalan udara "di mana pasukan penjagaan kesihatan memantau pesakit sama ada mereka berada di hospital atau di rumah".



Encik Gan berkata, beliau gembira melihat pasukan WHC menggunakan teknologi baharu untuk mengurangkan kerja kasar selain mengguna analitik data dan kecerdasan buatan bagi meningkatkan mutu penjagaan pesakit.



Sebagai contoh, mengisi borang perubatan dan tempahan perubatan boleh dilakukan secara automatik.



Ini membolehkan karyawan perubatan, jururawat contohnya, memberi tumpuan kepada tugas klinikal dan penjagaan pesakit secara langsung.



Sebuah hospital baharu tidak harus menjalankan "perniagaan seperti biasa", kata Encik Gan.



"Setiap kali kita membina sebuah kemudahan penjagaan kesihatan yang baharu, ia menawarkan peluang berharga untuk melakukan sesuatu yang baharu dan mereka cara lebih baik untuk meningkatkan penjagaan kesihatan," ujarnya.



A new hospital should not be "business as usual", Mr Gan said. "Each time we build a new healthcare facility, it presents a precious opportunity to innovate and reinvent the way we deliver healthcare."



Dengan keadaan penduduk yang semakin tua dan meningkatnya sakit kronik, beliau memberitahu pasukan WHC untuk "mengambil peluang membangunkan kaedah penjagaan yang baharu yang dapat mendorong kepada penjagaan berteraskan masyarakat".



Dr Jason Cheah, yang mengetuai jawatankuasa perancangan, berjanji bahawa tumpuan WHC akan terus terarah kepada yang "satu".



Beliau menerangkan: "Kami akan membina sebuah kampus yang berintegrasi yang memberi khidmat kepada pesakit yang memerlukan penjagaan dari sesuatu yang genting kepada pemulihan kepada penjagaan di akhir hayat."



Menyentuh tentang pengumuman tentang rancangan menambah sehingga 10,000 rumah baharu di Woodlands baru-baru ini, Encik Gan berkata, WHC berada di kedudukan yang baik untuk menyokong pertumbuhan kawasan itu sebagai sebuah pusat serantau.



Dua hospital di WHC, dengan Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan Hospital Masyarakat Yishun yang bersambung, akan menyediakan secara keseluruhannya 2,400 katil untuk keperluan penduduk yang meningkat di utara, terutamanya estet matang seperti Woodlands, Marsiling dan Sembawang.



Ramai Anggota Parlimen dari kawasan sekitar hadir di acara pecah tanah, termasuk Speaker Parlimen, Cik Halimah Yakob dan Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >