Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kanak-kanak 18 bulan meninggal dunia ditimpa cermin di Jewel

Aug 24, 2019 | 05:57 PM



SEORANG kanak-kanak berumur 18 bulan meninggal dunia di Hospital Besar Changi (CGH) semalam (23 Ogos) selepas sebuah cermin jatuh dan menimpanya di sebuah kedai pakaian di Jewel Lapangan Terbang Changi.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka memberi respons kepada kejadian di 78 Airport Boulevard itu pada 12.33 tengah hari semalam.





Polis turut berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan dalam kejadian tersebut.



Kanak-kanak perempuan itu berada dalam keadaan tidak sedar semasa dibawa ke hospital. Dia kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.



Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu.



Menurut akhbar The Straits Times, kejadian itu berlaku di kedai Urban Revivo.





Keluarga kanak-kanak itu, yang dipercayai merupakan pelancong dari China, berada di rumah mayat pagi tadi untuk membawa pulang mayatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >