Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kanak-kanak bawah usia 5 tahun lebih terdedah kepada kesan teruk Covid-19

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



KANAK-KANAK di bawah usia lima tahun lebih mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19 dan lebih kemungkinan mengalami kesan teruk berbanding kanak-kanak yang lebih tua, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Beliau berkata kanak-kanak di bawah usia lima tahun merupakan kumpulan terakhir di Singapura yang tidak dilindungi vaksinasi, dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang bersiap sedia untuk memulakan vaksinasi untuk mereka pada sekitar suku keempat tahun ini.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kini sedang menyemak data yang diberikan Pfizer/BioNTech dan Moderna mengenai vaksin mereka bagi kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut, tambah beliau.



Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah ditawarkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/ Comirnaty sejak 27 Disember tahun lalu.



Mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas dapat membuat janji temu vaksinasi sejak 11 Jun tahun lalu.



Semalam, Dr Janil menekankan bahawa kejadian keseluruhan kesan teruk akibat jangkitan Covid-19 kekal lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak berbanding warga emas.



"Kanak-kanak yang memerlukan perhatian perubatan harus ditemui doktor perubatan umum (GP) atau poliklinik jika tidak sihat," kata Dr Janil, yang menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai rawatan Covid-19 dan rancangan vaksinasi untuk kanak-kanak.



Dr Janil berkata beliau rasa sedih atas kematian dua kanak-kanak akibat koronavirus itu baru-baru ini, dan menyampaikan takziah kepada keluarga mereka.



Beliau menambah bahawa data menunjukkan subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron tidak diperhatikan menjejas kanak-kanak lebih teruk berbanding varian terdahulu, dan jangkitan teruk terus jarang berlaku dalam kanak-kanak, terutamanya dalam kalangan mereka yang divaksin.



Beliau berkata bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dos ketiga vaksin mRNA mungkin diperlukan untuk memastikan tahap perlindungan mereka kekal tinggi.



Dr Janil menambah MOH sedang bersiap sedia untuk melancarkan dos penggalak vaksinasi bagi kumpulan usia itu dalam masa sekitar dua bulan.



Dr Janil berkata buat masa ini, kanak-kanak dengan jangkitan pernafasan akut diuji menggunakan ujian pantas antigen (ART) atau ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR), dan mereka di bawah usia tiga bulan dimasukkan ke hospital manakala kanak-kanak lebih tua di bawah Program Pemulihan Rumah disemak oleh doktor melalui teleperubatan, sebuah khidmat yang tersedia sepanjang masa.



"Hospital kita terus mengutamakan penjagaan untuk kanak-kanak dengan keadaan perubatan yang mendesak dan mereka yang memerlukan pemerhatian dan rawatan lanjut akan dimasukkan ke hospital," kata Dr Janil, sambil menambah ubat antiviral oral diberikan lesen untuk penggunaan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik HSA hanya bagi pesakit berusia 18 tahun dan ke atas.



Pemerintah akan terus menyemak bukti bagi penggunaan ubat antiviral oral bagi mereka yang berusia bawah 18 tahun, kata Dr Janil, sambil menambah Paxlovid mungkin digunakan berdasarkan kes bagi mereka berusia 12 hingga 18 tahun.



"Kami akan terus memantau kejadian penyakit teruk dan kematian akibat Covid-19 secara dekat dan menyesuaikan proses kami untuk melindungi sistem penjagaan kesihatan dan pesakit kita.



"Kami meminta semua orang mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan dan kekal bertanggungjawab secara sosial," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >