Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kanak-kanak dari pasangan bercerai tak lagi wajib jalani kaunseling: Xueling

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



KAUNSELING bagi kanak-kanak dari pasangan bercerai tidak lagi diwajibkan, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Ini kerana beliau maklum bahawa keadaan setiap keluarga yang melalui penceraian adalah berbeza dan langkah itu mungkin boleh menyebabkan kesan negatif sesetengah keluarga.



Namun, Cik Sun menambah bahawa sekiranya keadaan menjadi teruk, mahkamah boleh mengarahkan mereka untuk menjalani kaunseling dan program pengantaraan.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab soalan Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) mengenai sama ada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mewajibkan kanak-kanak untuk menghadiri sesi kaunseling seperti yang diwajibkan untuk ibu bapa mereka yang bercerai.



"Ini kerana kami menyedari bahawa terdapat pelbagai keadaan yang mungkin dapat menjejas keluarga. Dan kami tidak inginkan keadaan di mana dengan mewajibkan mereka menghadiri program tertentu, kami sebenarnya menambah kepada tekanan yang sudah dialami kanak-kanak atau pasangan bercerai ini.



"Jadi, kami mengamalkan pendekatan yang seimbang di mana sekiranya pelanggaran yang berterusan daripada satu pasangan dalam menafikan akses kepada pasangan yang lain, maka mahkamah boleh mengarahkan program kaunseling dan pengantaraan sedemikian. Tetapi, kami telah berhenti mewajibkannya," kata Cik Sun:



Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) semalam juga bertanya mengenai jumlah kes dakwaan penyalahgunaan penjagaan kanak-kanak dalam penceraian - dengan seorang pasangan cuba menghalang akses anak mereka daripada pasanganya - yang terbukti palsu dalam tempoh tiga tahun ini.



Cik Sun berkata Mahkamah Keadilan Keluarga tidak mempunyai statistik tersebut.



Bagaimanapun, beliau mengongsi data mengenai maklumat palsu yang diberikan penjawat awam, yang termasuk hakim atau pegawai mahkamah keadilan.



Cik Sun berkata secara purata, dari 2019 hingga 2021, kira-kira 80 orang telah disabit setiap tahun atas kesalahan memberi maklumat palsu.



"Tetapi, (statistik) ini tidak terhad kepada konteks dakwaan penyalahgunan penjagaan kanak-kanak dalam prosiding perceraian", tambah beliau.



Cik Sun turut mendedahkan di Parlimen bahawa lima lagi Program Memperkukuh Keluarga di Pusat Khidmat Keluarga (FAM@FSC), yang menyediakan program dan khidmat sokongan bagi membantu perkahwinan dan penceraian, akan dilancarkan pada hujung tahun ini.



Buat masa ini, lima FAM@FSC telah dibangunkan.





"Ini kerana kami menyedari bahawa terdapat pelbagai keadaan yang mungkin dapat menjejas keluarga. Dan kami tidak inginkan keadaan di mana dengan mewajibkan mereka menghadiri program tertentu, kami sebenarnya menambah kepada tekanan yang sudah dialami kanak-kanak atau pasangan bercerai ini."
- Cik Sun Xueling, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga).





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >