Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kanak-kanak perlu ambil PCR sebelum berangkat dan tiba di SG

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



Seperti individu lain di bawah Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL), kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tidak perlu menjalani kuarantin.



Mereka hanya perlu menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 dalam masa 48 jam sebelum bertolak dan semasa tiba di Singapura, kecuali kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.



Mulai 19 Oktober, kanak-kanak ini yang belum menerima vaksin akan dibenarkan masuk ke Singapura tanpa kuarantin di bawah VTL, jika mereka ditemani seorang pelawat sudah divaksin di bawah VTL, umum Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataan semalam.



Aturan VTL dilancarkan pada 8 September lalu bagi Brunei Darussalam dan Jerman dan sejak itu diperluas kepada sembilan negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Belanda, Britain, Canada, Denmark, Italy, Korea Selatan, Perancis, dan Sepanyol.



Menteri Pengangkutan S. Iswaran berkata semalam ramai warga Singapura yang mengalu-alukan langkah memperluas VTL itu tetapi ibu bapa telah bertanya jika mereka boleh melancong bersama anak kecil mereka yang tidak divaksinasi.



"Dengan nasihat pakar kesihatan awam dan dengan perundingan dengan MTF (Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian), kami akan membenarkan kanak-kanak tidak divaksinasi berusia 12 tahun dan ke bawah untuk melawat di bawah VTL ke Singapura, selagi mereka ditemani seorang pelawat yang divaksinasi," kata Encik Iswaran dalam satu catatan di Facebook.



Dari 19 Oktober, negara-negara VTL akan merangkumi Brunei, Canada, Denmark, Perancis, Jerman, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat. Dari 15 November, ini juga termasuk Korea Selatan.



CAAS menasihati pelawat untuk memeriksa peraturan kemasukan semasa yang dikenakan negara destinasi, termasuk sekatan terhadap usia dan status vaksinasi.



Buat masa ini, Brunei tidak membenarkan perjalanan umum ke negara itu.



Bermula 15 November, Korea Selatan akan membenarkan perjalanan umum ke negara itu di bawah VTL tetapi ini tidak termasuk kanak-kanak yang tidak layak bagi vaksinasi atau individu yang tidak layak dari segi perubatan untuk divaksin.



Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, termasuk pengunjung jangka pendek, pemegang pas jangka panjang, warga dan penduduk tetap Singapura, akan layak bagi perjalanan VTL tanpa perlu menunjuk bukti vaksinasi, kata CAAS.



Kanak-kanak itu juga harus mematuhi semua peraturan VTL.



Ini termasuk perlu kekal di sekurang-kurangnya satu negara VTL dalam masa 14 hari sebelum berangkat ke Singapura.



Jika kanak-kanak itu telah berada di Singapura dalam tempoh 14 hari yang lalu, hari-hari tersebut boleh diambil kira dalam memenuhi keperluan sejarah perjalanan 14 hari itu.



Kanak-kanak yang menghala ke Singapura di bawah VTL juga perlu menaiki penerbangan VTL yang diperuntuk.



Kanak-kanak tersebut, kecuali yang berusia dua tahun dan ke bawah, juga perlu mengambil dua ujian PCR Covid-19 - satu ujian dalam masa 48 jam sebelum berangkat ke Singapura dengan hasil negatif; serta ujian sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi dan perlu berada dalam pengasingan hingga ujian disahkan negatif.



Kanak-kanak yang akan transit melalui Singapura juga dibenarkan menaiki penerbangan VTL yang diperuntuk. Kanak-kanak itu, kecuali yang berusia dua tahun dan ke bawah, juga perlu mengambil ujian PCR sebelum berangkat dalam masa 48 jam sebelum berangkat ke Singapura.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraturan VTL ke Singapura di https://safetravel.ica.gov.sg.



Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata pihaknya telah memutuskan membenarkan kanak-kanak tidak divaksinasi untuk memasuki Singapura di bawah VTL bagi memudahkan perjalanan keluarga.



"Ada risiko kesihatan awam, tetapi ia boleh diatasi dengan langkah perlindungan lain.



"Kami menggesa ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan waspada apabila melawat bersama kanak-kanak yang tidak divaksinasi," kata Encik Han.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >