Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kandungan akaun Instagram Young Lions dipadam setelah digodam

Jul 03, 2019 | 09:01 PM



Kandungan akaun Instagram kelab bola sepak Young Lions didapati terpadam petang tadi (3 Jul) setelah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata mereka berupaya mendapatkan semula kawalan akaun itu, dua hari setelah ia digodam.

Menurut laporan The Straits Times, akaun Instagram itu, yang mempunyai 14,400 pengikut, hilang semua kandungannya apabila dilungsuri wartawan akhbar itu pada 6.20 petang tadi.

Jurucakap FAS hari ini mengesahkan mereka tidak memadamkan kandungan itu dan sedang menyiasat perkara itu.

Kejadian ini berlaku dua hari selepas akaun itu digodam pada petang Isnin.

Sewaktu ia digodam pada Isnin, nama profil akaun dan gambarnya ditukar, dan kandungan spam dimuat naik, termasuk video daripada siri Netflix dan Game of Thrones.

Menurut FAS, kakitangan mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Isnin setelah mereka cuba log masuk ke dalam akaun untuk mengemaskini akaun tentang Young Lions.

Pautan laman web akaun itu turut ditukar dan mempunyai URL yang menghubungkannya kepada akaun Instagram lain.

Jurucakap FAS berkata mereka tidak tahu siapa menggodam akaun tersebut.

"Sejurus sahaja kami mendapat tahu bahawa akaun itu telah terjejas pada petang Isnin, FAS mengambil langkah aktif untuk melaporkan pelanggaran itu ke Instagram," katanya.

Sebelum penghapusan kandungan itu hari ini, FAS menyatakan mereka telah mendapat balik akses kepada akaun itu dan sedang bekerjasama dengan Instagram untuk mengembalikan kandungannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >