Kanggaru pokok 'ajaib' Australia sedia pindah ke Singapura
Jun 28, 2016 | 05:30 AM
TAMAN haiwan Singapura akan menyambut kehadiran anggota baru minggu depan apabila Makaia, kanggaru pokok yatim yang 'ajaib' tiba dari Adelaide, Australia.
Dalam kenyataan media semalam, Taman Haiwan Adelaide berkata Makaia akan menjalani pemeriksaan kesihatan terakhir oleh pasukan veterinarinya dalam persediaan berpindah ke sini.