Kapal Malaysia Polaris berlanggar dengan kapal Greece di perairan Singapura dekat Tuas

SEBUAH kapal pengangkut pukal berdaftar Greece, Pireas, berlanggar dengan kapal Malaysia, Polaris, dalam Had Pelabuhan Singapura dekat Tuas pada 2.28 petang tadi (9 Feb).

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) dalam satu kenyataan berkata Pireas dalam perjalanan dari Singapura ke pelabuhan seterusnya di Tanjung Pelepas, Malaysia, apabila perlanggaran itu berlaku.

“MPA amat prihatin bahawa kehadiran kapal tanpa kebenaran dalam had pelabuhan kita boleh menyebabkan kekeliruan bagi masyarakat perkapalan antarabangsa dan mengancam keselamatan navigasi dalam perairan kita,” kata kenyataan itu.

MPA sedang menyiasat insiden tersebut.