Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal Singapura ditahan atas dakwaan seludup barang ke Batam

Oct 17, 2016 | 02:08 PM



JAKARTA: Tentera laut Indonesia menahan sebuah kapal berbendera Singapura dan 12 krunya, atas dakwaan menyeludup televisyen, peti sejuk dan barangan rumah lain terpakai dari Republik itu.



Kapal pendarat 835 tan itu, LCT Emperor, ditahan di perairan Tanjung Pinggir tidak jauh dari Batam di wilayah Kepulauan Riau pada awal pagi Ahad (16 Okt).



Komander tentera laut berpangkalan di Tanjung Pinang, S. Irawan, berkata pegawai tentera laut di atas sebuah kapal ronda mengesan beberapa bot kecil menghampiri Emperor.



Kru Emperor dilihat memunggah barangan itu ke dalam bot-bot kecil di laut terbuka sebelum ia belayar ke arah pelabuhan Sekupang di Batam.



"Kami telah menahan anak kapal itu kerana mereka membawa barang-barang terpakai tanpa permit." kata komander tentera laut itu pada Isnin. "Kami telah memberitahu Singapura mengenai penahanan ini dan sedang menyiasat anak kapal tersebut."



Emperor bertolak dari Pelabuhan Jurong di Singapura pada Sabtu, dan siasatan awal menunjukkan kapal itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang diperlukan dan kaptennya juga tidak mempunyai lesen mengemudi kapal sah.



Barang-barang yang dibawa oleh kapal itu, yang berdaftar atas nama sebuah syarikat Singapura, Toll Logistic, juga tidak termasuk dalam log masuk senarai muatan, kata Komander Irawan kepada pemberita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >