Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal terbang SIA langgar jambatan udara di Lapangan Terbang Changi

Sep 19, 2018 | 03:30 PM



PENUMPANG penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura ke Ho Chi Minh City semalam (18 September) terpaksa turun dari pesawat tersebut sebelum berlepas apabila kapal terbang itu berlanggar dengan jambatan udara di Lapangan Terbang Changi.



Penerbangan SQ178 itu dijadual berlepas pada 9.45 pagi.



Menurut akhbar The Straits Times, jurucakap SIA berkata bahagian depan pesawat Airbus 330-300 itu berlanggar dengan salah satu daripada dua jambatan udara yang digunakan penumpang untuk menaiki kapal terbang tersebut.



Kesemua 272 penumpang dan 12 anak kapal tidak cedera dan mereka kemudian turun dari pesawat itu menerusi jambatan udara yang tidak terjejas.



SIA juga menggantikan pesawat bagi penerbangan itu dan ia berlepas sekitar dua jam kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >