Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal terbaru RSN dilancar

Isteri Maliki teruskan tradisi isteri tamu terhormat diberi penghormatan lancarkan kapal
Mar 19, 2017 | 05:30 AM



CIK SADIAH Shahal, isteri Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman, menjadi wanita Melayu pertama melancarkan kapal Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) semalam.



Beliau melancarkan kapal Littoral Mission Vessel (LMV) 'Justice' di limbungan kapal Singapore Technologies Marine (ST Marine) di Benoi, meneruskan tradisi di mana isteri tetamu terhormat melancarkan kapal.



Berucap di upacara pelancaran itu, Dr Maliki berkata dalam lautan yang kian bergolak, kapal LMV ini menunjukkan bagaimana RSN "pandang ke hadapan lagi 50 tahun bagi memastikan ia kekal relevan dan bersedia untuk cabaran di masa depan''.



Tambahnya, LMV direka oleh RSN untuk melaksanakan operasi lebih meluas dalam sekitaran lebih rumit.



Ia akan memberi RSN fleksibiliti dan daya tahan tambahan dalam misinya.



Pelancaran kapal itu adalah satu mercu tanda penting bagi perkembangan berterusan RSN dalam usaha mempertahankan lautan Singapura.



LMV adalah kapal terbaru RSN dan bakal menggantikan kapal ronda 'Fearless' yang telah berkhidmat sekitar 20 tahun.



Dalam kenyataannya, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata LMV lebih pantas, berkeupayaan lebih tinggi dan pelbagai serta dilengkapi dengan keupayaan yang dipertajam.



"LMV boleh dilengkapkan secara pantas bagi misi khusus untuk menangani pelbagai operasi meluas, membenarkan kru memberi respons yang disesuaikan, menggunakan pilihan maut dan bukan maut bagi menangani pelbagai ancaman di lautan," kata Mindef.



'Justice' ialah kapal keempat daripada lapan kapal yang bakal dibina untuk RSN, berdasarkan persetujuan antara Mindef dengan ST Engineering pada 2013.



Menurut Mindef, projek ini sedang berlangsung dengan baik, dengan 'Justice' dijangka beroperasi lengkap pada 2020.



Tiga LMV pertama - 'Independence', 'Sovereignty' dan 'Unity' sedang menjalani ujian di laut.



'Independence' akan mula digunakan pada 5 Mei ini sempena Jubli Emas RSN.



Turut hadir di upacara pelancaran semalam ialah Laksamana Tentera Laut Lai Chung Han dan pegawai kanan RSN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >