Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kapasiti khidmat awal kanak-kanak akan terus dipertingkat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kapasiti khidmat awal kanak-kanak akan terus dipertingkat

Jan 11, 2022 | 05:30 AM

PEMERINTAH akan terus meningkatkan kapasiti sekiranya diperlukan untuk memenuhi permintaan bagi perkhidmatan awal kanak-kanak.

Menjelang akhir tahun ini, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan menyediakan sebanyak 1,000 tempat penjagaan bayi tambahan yang ditawarkan oleh pengendali utama prasekolah di kawasan yang sedang dirancang untuk pembangunan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Dalam pada itu, Ecda juga akan menyediakan empat prasekolah di kawasan perumahan baru - terutamanya di estet baru seperti Punggol dan Sengkang, yang mempunyai ramai keluarga muda.

Prasekolah ini akan dibina di lokasi yang boleh diakses seperti di pusat masyarakat, dan seiring dengan pembangunan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru pada masa hadapan supaya ia boleh beroperasi tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan ibu bapa.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang diajukan Encik Louis Chua (GRC Sengkang) dan Dr Shahira Abdullah (AP Dilantik).

Encik Masagos berkata berdasarkan pendaftaran sepanjang tahun lalu, masa menunggu untuk mendapatkan tempat penjagaan bayi mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Menjelaskan perkara tersebut, beliau berkata terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi masa menunggu ini.

"Sebagai contoh, ibu bapa mungkin perlu menunggu lebih lama jika mereka lebih suka menghantar anak mereka ke pusat tertentu.

"Di samping itu, ibu bapa boleh mendaftarkan minat mereka lebih awal tanpa memerlukan tempat segera kerana mereka mempunyai aturan alternatif seperti penjagaan di rumah.

"Ibu bapa juga boleh mendaftarkan minat mereka di berbilang pusat pada masa yang sama, tidak kira sama ada anak mereka sudah pun didaftar di prasekolah," ujarnya.


"Sebagai contoh, ibu bapa mungkin perlu menunggu lebih lama jika mereka lebih suka menghantar anak mereka ke pusat tertentu. Di samping itu, ibu bapa boleh mendaftarkan minat mereka lebih awal tanpa memerlukan tempat segera kerana mereka mempunyai aturan alternatif seperti penjagaan di rumah."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengenai pelbagai faktor yang mempengaruhi masa menunggu ini bagi mendapat tempat di pusat penjagaan bayi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3